Desak bubar Parlimen boleh kucar-kacirkan kestabilan – Nazri

Desak bubar Parlimen boleh kucar-kacirkan kestabilan – Nazri

Kestabilan yang sedang dikecapi sekarang tidak perlu dikucar-kacirkan dengan desakan agar Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat, kata Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz.

Nazri menegaskan, sekiranya Umno mahu Parlimen dibubarkan ketika ini, rakyat akan menghukum parti yang mengkucar-kacirkan kestabilan yang sedang dinikmati.

Malah beliau menjelaskan, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah juga telah bertitah bahawa baginda mahu melihat sebuah kerajaan yang stabil.

“Jangan setakat bila untung kita sebut titah raja tetapi bila tidak menguntungkan, kita akan buat-buat lupa, tak boleh.

“Jadi kita kena ingat, apapun, titah daripada Yang di-Pertuan Agong itu memang ada, mahukan kerajaan yang stabil, mahu negara stabil,” katanya menurut laporan Astro Awani.

ADVERTISING

Jelas Nazri lagi, sekiranya Umno melanggar titah ini, maka anggapan orang terhadap parti itu untuk mengkucar-kacirkan keadaan yang sedang stabil sekarang.

Katanya, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob juga mentadbir dengan baik dan tiada sebarang masalah.

“Saya lihat alasan yang diberikan itu spekulasi atau pun diada-adakan sahaja,” katanya.

Selepas mencapai kemenangan selesa dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka dan Johor, terdapat pemimpin Umno yang mendesak agar Parlimen segera dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan.

Namun, ada juga kalangan pemimpin Umno yang tidak bersetuju dengan pandangan tersebut dan berpendapat kerajaan sedia ada perlu kekal hingga habis penggal PRU14 ini iaitu pertengahan tahun depan.

Mengulas lanjut, Nazri menjelaskan, rakyat juga akan melihat Umno cuba menjatuhkan perdana menteri daripada parti sendiri.

“Pemulihan ekonomi negara kita belum lagi selesai, baru nak steady. Jadi pada waktu ini kita mendesak supaya diadakan PRU nampaklah kita yang mengkucar-kacirkan.

“Lebih teruk lagi ialah kalau kita desak PRU15 dan jatuhkan kerajaan yang ada ini, kita menjatuhkan seorang perdana menteri yang datang daripada kalangan kita,” katanya. FMT

Desak bubar Parlimen boleh kucar-kacirkan kestabilan – Nazri


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker