RUU Antilompat Parti Akan Tarik Sokongan Orang Muda Kepada BN – Nazri

RUU Antilompat Parti Akan Tarik Sokongan Orang Muda Kepada BN – Nazri

Rang Undang-Undang Antilompat Parti yang akan dibentangkan di Parlimen nanti akan dapat menarik lebih ramai rakyat Malaysia keluar mengundi.

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menjelaskan dengan adanya RUU tersebut, rakyat Malaysia yang sudah bosan dengan kerenah ahli politik akan keluar menunaikan tanggungjawab mereka dalam pesta demokrasi.



Malah Mohamed Nazri yakin RUU Antilompat Parti itu juga akan mewujudkan kestabilan dan boleh menyakinkan pelabur-pelabur luar untuk datang ke negara ini.

“Saya rasa dengan adanya (RUU) antilompat ini, bukan hanya orang muda, malah rakyat Malaysia yang sudah benci dengan perangai ahli-ahli Parlimen yang melompat dan hanya mementingkan diri sendiri, akan keluar mengundi.

“Saya berpendapat RUU ini juga akan membuatkan pelabur luar akan cuba bercakap baik tentang Malaysia kerana mereka juga nak melabur.

“Pada pendapat saya dengan adanya anti-hopping law ini, sebahagian besar daripada rakyat Malaysia bukan hanya akan keluar mengundi tetapi juga akan beri sokongan kepada kerajaan kerana membentangkan akta ini,” katanya kepada Astro AWANI.

Hujah Mohamed Nazri ini disokong oleh Felo Penyelidik Ilham Centre, Prof Hamidin Abd Hamid yang menjelaskan kesungguhan UMNO dan Barisan Nasional (BN) menyokong RUU Antilompat ini memberi gambaran bahawa parti itu benar-benar tidak menyokong lompat parti.

Hamidin menjelaskan RUU Antilompat Parti ini akan memberi kelebihan kepada UMNO dan BN kerana parti itu akan dilihat menjuarai isu yang sangat dikehendaki golongan muda dan masyarakat bukan Melayu.



“Kalau kita melihat mood dalam kalangan para pengundi terutama pengundi muda, kesangsian mereka terhadap BN ini menunjukkan mereka tidak mempercayai parti itu kepada tingkah laku yang berlaku sebelum ini.

“Sekiranya tingkah laku yang ditunjukkan BN itu menepati kehendak dan citarasa pengundi ketika ini terutama dalam konteks undang-undang yang menyekat lompat parti ini, saya kira UMNO dan BN akan berjaya menarik minat terutama golongan muda dan juga orang bukan Melayu kepada BN,” katanya.

RUU Antilompat Parti dijangka dibentangkan di Parlimen tahun ini selepas pindaan perlembagaan bagi membolehkan ia bentangkan berjaya dilaksanakan.

BN dan Pakatan Harapan (PH) dilihat sebagai dua parti yang bersungguh-sungguh mahu RUU Antilompat Parti ini dibentang dan diluluskan.-AA



RUU Antilompat Parti Akan Tarik Sokongan Orang Muda Kepada BN – Nazri

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker