Pemimpin Pas Pekan beraya di rumah Najib

Pemimpin Pas Pekan beraya di rumah Najib

‘Ketegangan’ hubungan UMNO dan Pas tidak menghalang pemimpin daripada kedua-dua parti menjalinkan hubungan baik di peringkat negeri.

Di Pekan, Pahang pemimpin Pas hadir ke rumah terbuka sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan oleh Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak yang berlangsung dirumahnya di Seri Kenangan.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, kedatangan pemimpin Pas termasuk Yang Dipertua Pas Pekan, Abu Kassim Manaf telah memeriahkan majlis hari raya yang dianjurkannya.

Najib yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Pekan berharap agar mereka dapat melangkah ke hadapan bersama-sama demi kepentingan rakyat.

“Rumah terbuka hari ini amat meriah. Kehadiran kawan-kawan dan kepimpinan Pas juga menyerikan suasana sambutan raya.

“Salam Aidilfitri kepada Ustaz Haji Abu Kassim YDP Pas Pekan dan rakan-rakan semua.

“Semoga kita terus melangkah ke depan bersama-sama, mengutamakan kebajikan rakyat sentiasa,” katanya.

Najib turut berkongsi foto beliau duduk semeja dengan Abu Kasim dan menghulurkan mangkuk nasi kepada pemimpina Pas tersebut di Facebooknya.

Selepas Pilihan Raya Umum ke-14 hubungan UMNO dan Pas amat akrab sehingga kedua-dua parti itu berjaya membentuk persefahaman sekali gus mewujudkan Muafakat Nasional.

Bagaimanapun hubungan kedua-dua parti yang berteraskan orang Melayu dan Islam itu diuji selepas terbentuknya Kerajaan Perikatan Nasional bersama-sama Bersatu serta beberapa parti yang lain.

UMNO tidak mahu bekerjasama dengan kepimpinan Bersatu dalam pilihan raya akan datang sementara Pas mahu mengekalkan kerjasama dengan parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin tersebut.

Ketegangan hubungan UMNO dan Pas dapat dilihat ketika pilihan raya negeri Sabah, Melaka dan Johor berlangsung sebelum ini.

Sementara itu melalui perkongsian di media sosial, rumah terbuka yang dianjurkan oleh Najib turut dihadiri oleh masyarakan berbilang kaum.

Menurut Najib, beliau merindui suasana tersebut yang tidak dapat dirasai selama dua tahun susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang virus maut Covid-19.

“Pagi semua! Raya kedua hari ni. Dah ada plan tak? Datanglah ke rumah saya di Seri Kenangan Pekan. Ramai juga dah ada sini.

“Melihat masyarakat berbilang kaum, anak-anak kecil bergembira, menyambut perayaan bersama-sama di sini. Betul betul rindulah dua tahun tak jumpa semua,” katanya. MG

Pemimpin Pas Pekan beraya di rumah Najib


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker