1352 kes baru Covid-19, lima lagi kematian



Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan sebanyak 1,352 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,450,859.

Jangkitan baharu itu adalah yang terendah sejak 31 Okt 2020, tetapi perlu diingatkan bahawa jumlah mungkin lebih rendah disebabkan musim cuti Hari Raya Aidilfitri.

Jumlah kes aktif pula adalah sebanyak 36,441, turun 60.4 peratus jika dibandingkan dengan 14 hari lalu.

Jumlah kes baru berdasarkan negeri adalah seperti berikut:

  • Selangor (680)
  • Kuala Lumpur (166)
  • Pulau Pinang (103)
  • Melaka (92)
  • Johor (74)
  • Perak (73)
  • Negeri Sembilan (42)
  • Sarawak (35)
  • Kedah (17)
  • Kelantan (15)
  • Sabah (14)
  • Terengganu (14)
  • Putrajaya (14)
  • Pahang (11)
  • Perlis (1)
  • Labuan (1)

Pihak berkuasa kesihatan juga merakamkan lima kematian baharu semalam, menjadikan jumlah kematian terkumpul sebanyak 35,555 orang.




Satu kes kematian adalah ketika dibawa (BID).

Sejak minggu lalu, purata 6.9 orang dilaporkan meninggal dunia, sementara purata untuk 30 hari pula adalah sebanyak 16.2, yang menunjukkan trend penurunan.

Negeri yang paling tinggi kematian adalah Selangor (3), Perak (1), Sarawak (1) .

Sebanyak 930 pesakit Covid-19 sedang menerima rawatan di hospital dengan 66 sedang mendapat rawatan rapi.


Baca Artikel Menarik:




Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri



Leave a Reply

Your email address will not be published.