Sampai Bila Lagu Raya Akan Terus Berkumandang? ‘Sampai Bila-Bila Pun Orang Akan Dengar-S.Atan

 

Sampai Bila Lagu Raya Akan Terus Berkumandang?

Walaupun ratusan lagu raya berkumandang, setiap tahun lagu-lagu raya klasik dan nostalgia serta malar hijau sejak lebih 40 tahun lalu tetap menjadi pilihan.

Dendang Perantau nyanyian Tan Sri P Ramlee, Selamat Hari Raya (Puan Sri Saloma), Dari Jauh Ku Pohon Maaf dan Balik Kampung (Datuk Sudirman Haji Arshad), Suasana Hari Raya (Datuk Sharifah Aini), Seloka Hari Raya (Hail Amir & Uji Rashid), Selamat Hari Raya (Datuk Ahmad Jais), Suasana Hari Raya (Anuar & Ellina), Menjelang Hari Raya (Datuk DJ Dave) dan Cahaya Aidilfitri (Black Dog Bone) adalah antara lagu wajib dan dihafal hampir setiap generasi.

Tidak mustahil lagu ini akan terus didengari untuk tempoh 100 tahun akan datang, malah mungkin sampai bila-bila!

Komposer legenda, S Atan, 73, yang bertanggungjawab mencipta kebanyakan lagu raya nostalgia yakin lagu-lagu itu akan terus didengari setiap kali menjelang Aidilfitri, malah akan terus dihayati generasi yang seterusnya.

Beliau turut mencipta lagu raya generasi terkini antaranya Rindu Di Anjung Lebaran (Haiza), Seru Hari Lebaran (duet Syamel dan Ernie Zakri), Rindu Lebaran (E1 Band) dan terbaru, Nikmat Di Hari Raya (duet Kelly Azman dan Ismaliza Ismail).

S Atan berkata, lagu raya pertama ciptaannya ialah Cahaya Aidilfitri pada 1976 yang dinyanyikan kumpulan Black Dog Bone.

Lagu mengenai orang kelainan upaya (OKU) yang liriknya ditulis Haron Abdul Majid itu dimuatkan dalam album kompilasi lagu-lagu raya artis Malaysia dan Singapura terbitan EMI.

“Saya tanya mereka (Black Dog Bone) nak lagu sedih atau rancak? Mereka nak lagu sedih sebab nak berbeza berbanding lagu raya lain,” katanya.

Ditanya mengenai formula beliau menghasilkan lagu-lagu raya malar hijau, S Atan berkata, paling penting ialah melodinya mesti berunsur kemelayuan.

“Lagu raya itu menjadi popular dan ‘evergreen’ sebab ia ada unsur kemelayuan. Kalau tiada, memang tak boleh. Ia juga kena ada jiwa dan nostalgia iaitu sesuatu yang boleh buatkan orang rindu dengan keluarga dan kampung halaman. Barulah kena dengan hari raya,” katanya yang juga penggubah, penerbit dan penulis lirik.

S Atan berkata, setiap penyanyi perlu ada ‘jiwa’ untuk menyanyikan lagu-lagu raya.

Katanya, lagu tidak akan sampai sekiranya penyanyi itu tidak ada jiwa.

“Semua penyanyi yang menyanyikan lagu-lagu raya saya dulu memang kena ‘dera’ dengan saya. Ada penyanyi wanita sampai menangis kena ‘dera’ dengan saya. Mereka buat betul-betul dan sebab itu lagu mereka ‘evergreen’ sampai sekarang,” katanya.

S Atan berkata, tindakan segelintir penyanyi era baru mencampurkan muzik moden seperti rap ketika menghasilkan lagu raya adalah tidak kena.

“Lagu raya dengan muzik rap memang tak kena. Janganlah lagu Melayu ni buat rap. Saya rasa teruklah,” katanya.-HM

Sampai Bila Lagu Raya Akan Terus Berkumandang?

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker