Menyanyi, menari tak kena tempat

Menyanyi, menari tak kena tempat

Jakarta: Tindakan seorang wanita di Indonesia menari dan menyanyi di hadapan orang ramai yang hadir dalam program keagamaan, baru-baru ini membangkitkan kemarahan ramai.

Lazimnya, program tilawah diisi dengan ceramah agama, bacaan ayat suci al-Quran dan solat berjemaah, namun berbeza dengan apa yang berlaku dalam satu rakaman video.

Rakaman video wanita itu beraksi tidak kena pada tempatnya itu dimuat naik semula pemilik akaun Instagram @kabarnegri, Rabu lalu.

Video itu menunjukkan suasana dalam majlis tilawah yang dihadiri jemaah lelaki.

Daripada membaca ayat-ayat suci al-Quran dan berdoa, seorang wanita sebaliknya menyanyi di hadapan jemaah lelaki yang hadir.

Wanita yang berpakaian serba hitam itu berdiri di sebelah seorang ustaz yang duduk di hadapan.

Dengan selamba, wanita itu memegang mikrofon dan menyanyikan lagu dangdut.

Bukan setakat itu, wanita itu juga dilihat menggerakkan badannya untuk menari mengikut rentak irama.

Sambil menyanyi, dia turut menggerakkan tangannya seolah-olah memberi isyarat kepada jemaah untuk mengikuti nyanyiannya.

Apa yang menyedihkan, tindakannya itu disambut baik jemaah lelaki yang kelihatan meminati nyanyian wanita itu.

Malah tetamu yang hadir turut sama menyanyi dan merakam aksi wanita itu.

Rakaman yang tular itu mencetuskan kemarahan netizen dengan ramai meminta mereka yang terbabit memohon maaf secara terbuka kerana sudah mencemarkan Islam. HM

Menyanyi, menari tak kena tempat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wajah cantik, nasi lemak laku keras

Puteri Sarah sindir Syamsul

Zahid dah beritahu sedia untuk bertarung – Khairy

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker