Peguam negara dedahkan kertas siasatan Hakim Nazlan belum diterima

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) belum menghantar kertas siasatan berhubung kes Hakim Mahkamah Rayuan Nazlan Ghazali kepada Jabatan Peguam Negara.

Justeru, Peguam Negara Idrus Harun, berkata beliau tidak dapat mengesahkan kesahihan dokumen yang dikatakan kertas siasatan SPRM yang kononnya bocor membabitkan Nazlan.

“Saya tidak tahu, itu (kertas siasatan SPRM) belum ada dengan kita,” katanya ketika ditanya berhubung kesahihan dokumen yang dikatakan bocor itu selepas menghadiri majlis simposium Keluarga Malaysia.



Awal minggu ini, blogger berpangkalan di United Kingdom, memuat naik dokumen yang didakwa disediakan SPRM. Dokumen berkenaan mencadangkan SPRM sudah menyelesaikan siasatan terhadap Nazlan dan menghantar laporan kepada Jabatan Peguam Negara.

Ia sekali gus mencetuskan reaksi daripada Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan, yang mendesak SPRM mengesahkan kesahihan dokumen terbabit.

Ahli Parlimen Pontian itu juga mahu Jabatan Peguam Negara mengumumkan sama ada mereka akan melakukan tindakan susulan berhubung siasatan dibuat SPRM.

Ahmad merujuk pada 21 Mei, bahawa SPRM dilaporkan, berkata agensi itu sudah selesai menyiasat hakim Mahkamah Rayuan berkenaan dan menghantar kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara.



Kenyataannya itu seperti mencadangkan ada kaitan antara dapatan siasatan dan dakwaan konflik kepentingan dibangkitkan Najib Razak dalam permohonan difailkan kepada Mahkamah Persekutuan untuk mengemukakan keterangan baharu dalam rayuan akhir kes SRC International dihadapi bekas perdana menteri itu..

Nazlan, yang dilantik sebagai hakim Mahkamah Rayuan, pada Februari, merupakan hakim yang mempengerusikan perbicaraan kes SRC Najib di Mahkamah Tinggi dan menjatuhi Ahli Parlimen Pekan berkenaan 12 tahun penjara dan denda RM210 juta.

Pada Selasa, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib mengemukakan keterangan baharu untuk membuktikan Nazlan berada pada kedudukan serius konflik kepentingan ketika mempengerusikan prosiding perbicaraan SRC, dua tahun lalu.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ketua polis trafik mengamuk dakwa petugas media sentuh punggung isteri



Nabil Terduduk Tiket Konsert Billie Eilish ‘Burn’ Hampir RM3,000 (Video)

MYDIN Sambut Ulang Tahun Ke-65 Dengan Promosi Serendah 65 Sen



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker