Ajaran sesat: Kuasa pada negeri bukan Jakim – Menteri Agama

BUKIT GANTANG – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Idris Ahmad menegaskan sebarang tindakan penguatkuasaan terhadap mana-mana kumpulan ajaran sesat tertakluk dibawah bidang kuasa penuh jabatan agama Islam di peringkat negeri.

Beliau berkata, masih terdapat masyarakat yang terkeliru dan berpendapat bahawa perkara itu adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

“Dalam banyak situasi berkaitan laporan mengenai ajaran sesat serta disyaki menyeleweng, Jakim hanya berperanan sebagai penyelaras dengan sumber kuasa bagi mengambil tindakan mengenainya adalah dibawah bidang kuasa agama negeri.

“Saya hendak ingatkan bahawa kita kena faham dalam isu agama sebegini berkenaan ajaran sesat dan tarikat, yang boleh bertindak dan mempunyai sumber kuasa adalah mereka dan Jakim hanya penyelarasnya supaya tidak ada yang keliru lalu menuding jari menyalahkan pihak Jakim,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Program Jualan Amal di Markas Pas Sungai Tinggi, Trong di sini hari ini.

Idris berkata, segala aduan berkenaan ajaran sesat itu akan dimaklumkan kepada jabatan agama negeri untuk diambil tindakan.

Menurut beliau, selain penyelarasan, Jakim turut bertindak menangani ancaman ajaran yang menyeleweng melalui beberapa medium platform lain ataranya melalui khutbah, kursus diberikan kepada guru takmir serta forum terbuka yang membabitkan kehadiran orang ramai.

Beliau menasihatkan mana-mana individu muslim yang ingin mendalami ilmu agama supaya mencari guru berlandaskan syariat agar akidah tidak terpesong

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ketua polis trafik mengamuk dakwa petugas media sentuh punggung isteri

Nabil Terduduk Tiket Konsert Billie Eilish ‘Burn’ Hampir RM3,000 (Video)

MYDIN Sambut Ulang Tahun Ke-65 Dengan Promosi Serendah 65 Sen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker