Penulis Lirik Terkenal Bob Lokman Beransur Pulih Selepas 17 Hari Dirawat Di Hospital

Penulis Lirik Terkenal Bob Lokman Beransur Pulih Selepas 17 Hari Dirawat Di Hospital

Penulis lirik terkenal, Bob Lokman semakin beransur pulih selepas 17 hari mendapat rawatan di hospital akibat lemah jantung.

Menurut Bob, 58, keadaannya kini stabil setelah menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Rawatan Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Sasmec@IIUM) di Kuantan, Pahang dan Institut Jantung Negara (IJN).

“Di Pusat Rawatan Sultan Ahmad Shah saya dirawat selama 14 hari manakala di IJN selama dua hari.

“Alhamdulillah keadaan saya stabil dan sekarang sedang berehat di rumah di Kelantan,” katanya kepada Astro AWANI ketika dihubungi hari ini.

Bob atau nama sebenarnya, Mohd Hakim Lokman menjelaskan, dia reda dengan ujian yang diberi biarpun terpaksa mengetepikan ibadah puasa demi kerana menjalani rawatan.

Pada 2020, Bob pernah menjalani pembedahan memasukkan alat Implantable Automatic Cardioverter Defibrillator (IACD) untuk menstabilkan denyutan jantungnya di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Penulis lirik Isabella, Taman Rashidah Utama, Rendang Tak Berbuah dan banyak lagi itu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus mendoakan kesihatannya.

“Sejak 10 tahun lepas memang saya selalu keluar masuk hospital untuk mendapatkan rawatan. Tahun ini di bulan Ramadan saya diuji masuk ICU.

“Saya reda kerana setiap ujian yang diberikan adalah tanda kasih sayang Allah pada kita hambanya,” katanya lagi.

Bob yang telah lama tidak aktif dalam dunia seni, kini menjalankan perniagaan menjual serunding.-AA

Penulis Lirik Terkenal Bob Lokman Beransur Pulih Selepas 17 Hari Dirawat Di Hospital

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemuda OKU Tangisi Pemergian Bapa Undang Sebak Netizen (Video)

Rayuan akhir Najib, 94 alasan dikemukakan untuk Mahkamah Persekutuan

Janna Nick Gatal Raya pula (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker