Hakim tidak kebal terhadap pendakwaan jenayah – Zaid



Hakim tidak kebal terhadap pendakwaan jenayah – Zaid

Konsep pengasingan kuasa di antara badan eksekutif dan kehakiman, tidak bermaksud kekebalan penuh terhadap semua peruntukan undang-undang.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Zaid Ibrahim, berkata ia merujuk kepada peraturan kendiri kepada sesetengah perkara tetapi tidak kesemuanya.

“Konsep pengasingan kuasa tidak bermakna mempunyai kekebalan terhadap semua peruntukan undang-undang.

“Ia merujuk kepada peraturan kendiri membabitkan sesetengah perkara tetapi tidak kesemuanya. Hakim adalah tidak kebal terhadap pendakwaan jenayah,” katanya menerusi hantaran di Twitter hari ini.




Hantaran itu merujuk kepada isu siasatan dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Beberapa pihak membidas siasatan terbabit yang disifatkan bukan sahaja melanggar prinsip pengasingan kuasa malah serangan sebuah agensi eksekutif ke atas badan kehakiman.

SPRM sebelum ini dilaporkan sudah membuka kertas siasatan terhadap Mohd Nazlan dengan Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki, memaklumkan ia prosedur biasa selepas agensi itu menerima laporan secara rasmi.

Khamis lalu, Mohd Nazlan membuat laporan polis menafikan tuduhan dibuat penulis blog, Raja Petra Kamarudin.

Kenyataan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia Istana Kehakiman Putrajaya berkata, artikel ditulis oleh Raja Petra bertajuk ‘Judge Mohd Nazlan being investigated for unexplained RM1 million in his bank account’ yang disiarkan di sebuah portal adalah palsu dan tidak berasas. BH




Hakim tidak kebal terhadap pendakwaan jenayah – Zaid


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemuda OKU Tangisi Pemergian Bapa Undang Sebak Netizen (Video)

Rayuan akhir Najib, 94 alasan dikemukakan untuk Mahkamah Persekutuan

Janna Nick Gatal Raya pula (Video)



Leave a Reply

Your email address will not be published.