Laporan akhir kes Batu Puteh dibentang
Laporan akhir kes Batu Puteh dibentang
Laporan akhir bagi menyemak semula undang-undang berkenaan kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan akan disedia dan dibentangkan Pasukan Petugas Khas (PPK) dalam masa terdekat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam kenyataan hari ini berkata, laporan itu dibuat untuk pertimbangan Jemaah Menteri bagi menentukan tindakan selanjutnya.
Beliau yang mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan berkata, mesyuarat mengambil maklum laporan interim yang dibentangkan PPK semalam dan turut memberikan input penambahbaikan untuk perhatian pasukan itu.
“Sehingga kini, PPK ini telah mengadakan 12 mesyuarat yang melibatkan beberapa siri mesyuarat PPK dan jawatankuasa kecil yang ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Kecil Legal Aspects, Jawatankuasa Kecil Tort of Misfeasance dan Jawatankuasa Kecil Hubungan Malaysia-Singapura,” katanya.
Pasukan itu dilantik Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob bagi menyemak semula undang-undang berkenaan kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan dan mengesyorkan opsyen terbaik mengenai hala tuju kerajaan berhubung kes berkenaan dalam tempoh enam bulan.
“Kerajaan amat komited dengan keputusan ini untuk memastikan kedaulatan negara sentiasa terjamin dan menjadi keutamaan,” katanya.
PPK dipengerusikan bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali dan dianggotai bekas duta besar Malaysia ke The Hague Ahmad Nazri Yusof, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, Baljit Singh Sidhu, Abu Bakar As-Sidek Mohd Sidek dan Tengku Ahmad Fuad Tengku Ahmad Burhanuddin (peguam).
Turut menganggotai PPK itu, wakil kerajaan negeri Johor Mohammed Ridha Abd Kadir, wakil Jabatan Peguam Negara Umar Saifuddin Jaafar, wakil Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Hamdan Ab Aziz serta wakil Kementerian Luar Negeri Shaharudin Onn. FMT
Laporan akhir kes Batu Puteh dibentang
Baca Artikel Menarik:
- Aliff Syukri hadir beri keterangan kepada SKMM
- Gempa bumi landa Kundasang
- Banduan paling berbahaya di Britain dibenar bela burung
- Peminat sedih lihat keadaan Zamani sakit tulang belakang
- UMNO Selangor tak halang Khir buat come back – Noh
- TV9, ST Rosyam Mart tawar ayam RM1.49 seekor
- Pemuda UMNO gesa segera siasat hakim perbicaraan Najib
- Pakej rawatan muka RM20,000 laris menjelang Syawal
- Posmen maut kereta bertembung pacuan empat roda
- Bapa cekik rakan sekelas anak
- Nenek durjana paksa cucu minum whiskey hingga maut
- Jiran gila lempar 7 bom tangan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pemuda OKU Tangisi Pemergian Bapa Undang Sebak Netizen (Video)
Rayuan akhir Najib, 94 alasan dikemukakan untuk Mahkamah Persekutuan
You must be logged in to post a comment.