Carrick ‘belasah’ pengadil selepas United rebah di Old Trafford

Carrick ‘belasah’ pengadil selepas United rebah di Old Trafford

Carrick 'belasah' pengadil selepas United rebah di Old Trafford
INSIDEN tarik rambut oleh Martinez ke atas Calvert Lewin yang menyebabkan pemain United itu menerima kad merah. FOTO Reuters

Manchester, United Kingdom: Pengurus sementara Manchester United, Michael Carrick, mengkritik pengadil Paul Tierney selepas melayangkan kad merah kepada Lisandro Martinez ketika tewas 1-2 kepada Leeds, awal pagi tadi.

Martinez dibuang padang pada separuh masa kedua di Old Trafford selepas menarik rambut penyerang Leeds, Dominic Calvert-Lewin.

Tierney memberikan kad merah kepada pemain Argentina itu selepas diminta oleh VAR untuk melihat semula insiden di monitor tepi padang.

Ketika itu, United sudah pun ketinggalan hasil dua gol separuh masa pertama oleh Noah Okafor.

Walaupun Casemiro berjaya menjaringkan satu gol buat pasukan Carrick, mereka gagal mengelak kekalahan kedua sepanjang 11 perlawanan di bawah kendaliannya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Konsep Melaka Sayang Rakyat Semakin Diterima Ramai – Ab Rauf


“Saya rasa pemain bermain dengan baik, kekal positif dan berusaha untuk mendapatkan sesuatu daripada perlawanan ini walaupun satu lagi keputusan mengejutkan untuk membuang Lisandro,” kata Carrick.

“Dua perlawanan berturut-turut kami menerima keputusan seperti ini, tapi yang ini antara yang paling teruk pernah saya lihat.”

Carrick mendakwa sentuhan awal daripada Calvert-Lewin memainkan peranan dalam reaksi Martinez.

“Anda boleh hayunkan tangan ke muka Martinez dan bila dia hilang imbangan, dia hanya bergelut sedikit dan menyentuh bahagian belakang rambutnya sehingga getah rambut tertanggal.

“Saya sendiri tak pasti macam mana rupanya. Itu bukan tarik, bukan sentap, bukan agresif. Dia cuma sentuh, tapi terus dibuang padang.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tindakan Majlis Peguam Cabar Keputusan DNAA Ahmad Zahid Bersikap ‘Double Standard’


“Yang paling teruk, pengadil dipanggil untuk ubah keputusan atas alasan kesalahan jelas. Memang teruk.”

Martinez kini berdepan kemungkinan penggantungan tiga perlawanan. Ditanya sama ada United akan membuat rayuan, Carrick berkata: “Saya perlu bincangkan, tapi bagi saya itu keputusan yang salah.”

Carrick turut kecewa apabila Calvert-Lewin tidak dikenakan tindakan atas terjahan keras ke atas Leny Yoro dalam situasi yang membawa kepada gol pertama Okafor.

“Kami bolos apabila Leny Yoro terkena hentakan lengan di belakang kepala dan mereka menjaringkan gol pertama,” katanya.

“Mereka tidak ubah keputusan itu. Itu momen besar dalam perlawanan.”

United kekal di tangga ketiga Liga Perdana Inggeris, tujuh mata di depan Chelsea di tempat keenam dalam perebutan slot Liga Juara-Juara menerusi lima tangga teratas.

Dengan hanya satu kemenangan dalam empat perlawanan terakhir, United akan bertandang ke Stamford Bridge pada Sabtu ini untuk aksi penting.

“Ini hanya satu perlawanan. Kami akan analisis dan cuba perbaiki. Kami ada satu lagi perlawanan besar minggu depan dan penamat musim yang penting,” kata Carrick.

“Kedudukan kami masih baik. Malam ini mengecewakan, kami tak mahu kalah dan tak mahu keputusan pengadil begitu buruk terhadap kami, tapi kami akan teruskan.

“Musim ini masih panjang dan banyak perkara positif yang boleh diambil.”

Carrick ‘belasah’ pengadil selepas United rebah di Old Trafford


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Aplikasi Persidangan Cawangan Untuk Raih Kembali Ahli Ke Rumah Bangsa – Tengku Adnan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker