Rashid gesa Jun Hao tingkat prestasi hadapi Piala Thomas

Rashid gesa Jun Hao tingkat prestasi hadapi Piala Thomas

Rashid gesa Jun Hao tingkat prestasi hadapi Piala Thomas
JUN Hao tersingkir seawal pusingan pertama atau kedua dalam lima kejohanan disertainya. FOTO Kejohanan Badminton Asia

Kuala Lumpur: Cabaran Malaysia di Piala Thomas 2026 bukan hanya bergantung kepada Lee Zii Jia, sebaliknya Leong Jun Hao dilihat memainkan peranan penting selaku perseorangan pertama.

Menurut legenda badminton negara, Datuk Rashid Sidek, Jun Hao kini memikul tanggungjawab besar dan perlu bangkit daripada prestasi tidak menentu musim ini dengan mempamerkan semangat juang tinggi di gelanggang.

Setakat ini, Jun Hao bergelut untuk mencari rentak apabila tersingkir seawal pusingan pertama atau kedua dalam lima kejohanan yang disertainya.

Menurut Rashid, kemenangan sebagai perseorangan utama memang menjadi sasaran, namun usaha dan komitmen tetap menjadi ukuran utama walaupun tewas.

“Kalau menang itu terbaik, tetapi kalau kalah sekali pun, yang penting dia beri usaha sepenuhnya. Kita nak lihat dia betul-betul berjuang walaupun ranking lebih rendah daripada lawan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Konsep Melaka Sayang Rakyat Semakin Diterima Ramai – Ab Rauf


“Bila dia tunjuk semangat, ia boleh beri inspirasi kepada rakan sepasukan,” katanya.

Rashid yang pernah membantu Malaysia menjulang kejuaraan pada Piala Thomas 1992 turut menasihatkan Jun Hao supaya melakukan persiapan rapi termasuk mengkaji corak permainan lawan.

Katanya, sebagai perseorangan pertama, pemain perlu lebih bersedia dari segi taktikal dan mental kerana lawan yang bakal dihadapi sudah boleh dijangka.

“Perlu buat ‘homework’, kenal pasti kekuatan dan kelemahan lawan. Dalam latihan pula fokus kepada cara untuk menang, bukan paksa diri sampai berisiko cedera,” katanya.

Mengulas peluang Malaysia, Rashid mengakui laluan untuk muncul juara agak mencabar berdasarkan prestasi semasa pemain, namun menegaskan peluang tetap ada jika semangat berpasukan berada pada tahap tinggi.

Beliau turut mengimbas pencapaian Piala Thomas 2014 di New Delhi yang menyaksikan Malaysia hampir mencipta kejutan sebelum tewas tipis 2-3 kepada Jepun di final.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tindakan Majlis Peguam Cabar Keputusan DNAA Ahmad Zahid Bersikap ‘Double Standard’


“Kalau ikut realistik memang sukar, tetapi bukan mustahil. Yang penting motivasi dan semangat berpasukan,” katanya.

Dalam masa sama, beliau berharap kem latihan selama 10 hari di Herning dapat memperkukuh aspek mental pemain menjelang kejohanan.

Skuad negara bagi edisi kali ini dibarisi Jun Hao, Justin Hoh, Aidil Sholeh Ali Sadikin dan Zii Jia bagi acara perseorangan.

Cabaran beregu pula diperkuatkan menerusi pasangan nombor dua dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik selain gandingan Man Wei Chong-Tee Kai Wun serta Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani.

Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama Jepun, England dan Finland dengan Jepun dilihat sebagai pencabar utama bagi merebut status juara kumpulan.

Saingan di Horsens berlangsung dari 24 April hingga 3 Mei ini.

Rashid gesa Jun Hao tingkat prestasi hadapi Piala Thomas

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Aplikasi Persidangan Cawangan Untuk Raih Kembali Ahli Ke Rumah Bangsa – Tengku Adnan

 

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker