Daren tekad lonjak ranking Zii Jia
Daren tekad lonjak ranking Zii Jia

Kuala Lumpur: Jurulatih profesional negara, Liew Daren memasang misi jelas untuk mengangkat semula ranking Lee Zii Jia sebaik tamat saingan Piala Thomas 2026 di Horsens dari 24 April hingga 3 Mei ini.
Bagi Daren, keutamaan kini adalah memastikan pemenang gangsa Olimpik Paris 2024 itu kembali sekurang-kurangnya dalam kelompok 30 terbaik dunia bagi membuka laluan ke kejohanan utama.
Hakikatnya, kedudukan semasa Zii Jia di tangga ke-83 dunia menjadi penghalang besar apabila dia sukar menembusi saingan bertaraf tinggi.
“Dengan ranking sekarang, dia memang susah nak masuk kejohanan besar termasuk Super 300 dan ke atas. Jadi kita kena pilih kejohanan yang dia layak,” katanya.
Situasi itu menyaksikan Zii Jia terlepas peluang beraksi di kejohanan utama termasuk Masters Malaysia bulan depan yang berstatus Super 500.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keunikan Kopi Tenggek Jadi Tarikan Pelancong Ke Johor
- Menjelang Sambutan Ke-80: Wanita UMNO Gabung Elemen Dakwah Dan Kepimpinan
- Ahmad Zahid Terus Santuni Rakyat, Hadiri Beberapa Rumah Terbuka Syawal
Konsep Melaka Sayang Rakyat Semakin Diterima Ramai – Ab Rauf
Malah, dalam dua kejohanan Super 300 sebelum ini iaitu Terbuka Switzerland dan Masters Orleans, dia terpaksa bermula dari pusingan kelayakan.
Lebih membimbangkan, prestasi semasa turut belum stabil apabila Zii Jia tersingkir awal dalam lima daripada enam kejohanan disertainya musim ini.
Menurut Daren, faktor kecederaan buku lali dan belakang yang dialami tahun lalu turut memberi kesan besar terhadap momentum pemain berusia 28 tahun itu.
Situasi bertambah sukar apabila perlindungan ranking yang dimilikinya sebelum ini sudah tamat pada Februari lalu.
“Memang merisaukan, tapi sasaran minimum kita adalah top 30 supaya dia boleh kembali ke pentas utama,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rakyat, Orang Muda Ambil Iktibar ‘Zaman Kegelapan’ Negara Ketika Ditadbir PN
- UMNO Ke-80: Terus Melangkah Depani Cabaran Realiti
- Tengku Azman Dedah Taktik ‘Rage Baiter’, Seru Politik Berasas Fakta
Tindakan Majlis Peguam Cabar Keputusan DNAA Ahmad Zahid Bersikap ‘Double Standard’
Dalam masa sama, Daren menegaskan seluruh pasukan kini bekerja keras untuk mengembalikan keyakinan Zii Jia yang sedikit terjejas.
“Kita faham bila kerap kalah dan alami kecederaan, keyakinan akan jatuh. Jadi kami cuba bantu dia bangkit semula,” katanya.
Beliau berharap Zii Jia mampu menjadikan Piala Thomas sebagai pentas kebangkitan untuk menghidupkan semula kariernya musim ini.
Daren tekad lonjak ranking Zii Jia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Negeri Komited Perkasa Suara Belia Demi Masa Depan Pahang
- Pengalaman Lapan Dekad Bukti Ketahanan Dan Kekuatan UMNO – Othman Desa
- Inisiatif Makmur Pahang Tanda Penghargaan Kepada Pendidik Agama – Nizar Najib
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Aplikasi Persidangan Cawangan Untuk Raih Kembali Ahli Ke Rumah Bangsa – Tengku Adnan
You must be logged in to post a comment.