EXCO Johor bantu pelajar terbabit kemalangan elak monyet

EXCO Johor bantu pelajar terbabit kemalangan elak monyet

EXCO Johor bantu pelajar terbabit kemalangan elak monyet
Foto dikongsi Mohd Fared mengenai kemalangan di Jalan Nitar-Mersing di sini, hari ini.

MERSING: EXCO Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkongsi detik beliau membantu seorang pemandu kereta yang terbabit kemalangan di Jalan Nitar-Mersing di sini, hari ini.

Kejadian berlaku ketika beliau dalam perjalanan ke Mersing, sebelum terserempak kemalangan membabitkan seorang pelajar lelaki di Politeknik Mersing yang berusia 24 tahun kira-kira jam 8.30 pagi.

“Semasa dalam perjalanan ke Mersing bagi menghadiri program di sana, telah berlaku satu kemalangan dengan mangsa dipercayai terbabas sendiri.

“Saya sempat membantu dengan menghantar mangsa ke Hospital Mersing bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya melalui kenyataan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Konsep Melaka Sayang Rakyat Semakin Diterima Ramai – Ab Rauf


Susulan kejadian itu, Mohd Fared ketika berucap pada Program Ziarah Mesra ke Mersing memohon maaf kerana lewat tiba ke majlis itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani ketika mengulas mengenai kemalangan itu berkata kejadian berlaku apabila kenderaan dipandu mangsa dari arah Batu Pahat gagal mengawal keretanya iaitu Perodua Axia kerana mengelak monyet, sebelum terbabas.

“Mangsa cedera ringan dan mendapatkan rawatan pesakit luar di Hospital Mersing,” katanya.

EXCO Johor bantu pelajar terbabit kemalangan elak monyet

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Aplikasi Persidangan Cawangan Untuk Raih Kembali Ahli Ke Rumah Bangsa – Tengku Adnan

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker