2 warga China ditahan, jadikan rumah pusat panggilan tipu kerja dalam talian
2 warga China ditahan, jadikan rumah pusat panggilan tipu kerja dalam talian

MELAKA: Polis membongkar kegiatan penipuan tawaran kerja sambilan tidak wujud dalam talian dengan tertangkapnya dua warga China yang disyaki dalang utama.
Kegiatan terbongkar selepas sebuah rumah yang dijadikan port operasi di Taman Puncak Bertam, di sini, diserbu kira-kira jam 10.30 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata premis diserbu dijadikan pusat panggilan bagi mengendalikan aktiviti penipuan tawaran kerja sambilan secara dalam talian.
“Siasatan awal mendapati dua suspek berusia 28 dan 38 tahun menjalankan tugas ‘khidmat pelanggan’ yang juga penggerak utama kepada kegiatan memperdaya mangsa.
“Mereka dipercayai menawarkan pekerjaan sambilan tidak wujud melalui aplikasi Telegram sebelum memujuk mangsa membuat bayaran tertentu kononnya bagi mendapatkan tugasan,” katanya melalui kenyataan.
Beliau berkata, sindiket berkenaan baru beroperasi Februari lalu dan menyasarkan mangsa dalam kalangan warga China yang menetap di Amerika Syarikat.
“Dalam serbuan ini polis merampas pelbagai peralatan termasuk komputer riba, telefon bimbit dan peralatan rangkaian yang digunakan untuk menjalankan kegiatan penipuan dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM30,000,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan.
2 warga China ditahan, jadikan rumah pusat panggilan tipu kerja dalam talian
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Negeri Komited Perkasa Suara Belia Demi Masa Depan Pahang
- Pengalaman Lapan Dekad Bukti Ketahanan Dan Kekuatan UMNO – Othman Desa
- Inisiatif Makmur Pahang Tanda Penghargaan Kepada Pendidik Agama – Nizar Najib
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Aplikasi Persidangan Cawangan Untuk Raih Kembali Ahli Ke Rumah Bangsa – Tengku Adnan
You must be logged in to post a comment.