Langgar lari polis trafik kawal lalu lintas: Suspek berjaya diberkas

Langgar lari polis trafik kawal lalu lintas: Suspek berjaya diberkas

Langgar lari polis trafik kawal lalu lintas: Suspek berjaya diberkas
Pemandu Perodua Axia yang disyaki terbabit insiden langgar lari polis trafik sudah ditahan. – Foto tular

KUALA LUMPUR: Suspek kes langgar lari yang menyebabkan seorang anggota polis trafik cedera di Jalan Sultan Yahya Petra, di sini, Jumaat lalu, berjaya ditahan, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, ketika mengesahkan perkara itu berkata proses laporan polis sedang dibuat ketika ini berhubung tangkapan berkenaan.

“Suspek kes langgar lari itu telah dapat ditahan, petang tadi.

“Kini sedang dalam proses laporan polis serta ujian saringan air kencing dan ujian analisis pernafasan (EBA),” katanya dalam satu kenyataan ringkas, hari ini.

Beliau memaklumkan bahawa pihak polis akan mengeluarkan satu kenyataan lanjut dalam masa terdekat berhubung kes itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Konsep Melaka Sayang Rakyat Semakin Diterima Ramai – Ab Rauf


Dalam kejadian sekitar jam 10.47 malam Jumaat lalu, seorang anggota trafik cedera akibat dilanggar sebuah Perodua Axia ketika bertugas mengawal lalu lintas di Jalan Sultan Yahya Petra.

Sebelum ini, Mohd Zamzuri dilaporkan berkata, mangsa dilanggar dari belakang sebelum kenderaan itu melarikan diri dari tempat kejadian.

Insiden itu menyebabkan mangsa, Konstabel Roslan Salleh, 27, cedera di tapak tangan kanan dan belakang kepala serta sakit di bahagian rusuk.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan menggunakan ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk rawatan.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Langgar lari polis trafik kawal lalu lintas: Suspek berjaya diberkas

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Aplikasi Persidangan Cawangan Untuk Raih Kembali Ahli Ke Rumah Bangsa – Tengku Adnan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker