Bunuh Pembantu Rumah: Bekas Finalis MasterChef Dibenar Ikat Jamin RM30,000

Bunuh Pembantu Rumah: Bekas Finalis MasterChef Dibenar Ikat Jamin RM30,000

Mahkamah Rayuan Putrajaya membenarkan ikat jamin ke atas finalis sebuah program realiti masakan MasterChef Malaysia, Etiqa Noorashikeen Mohd Sulong selepas dia dan suami didakwa membunuh pembantu rumah mereka, Disember lalu.

Tiga Hakim Lee Swee Seng, Supang Lian dan M. Gunalan membenarkan ikat jamin itu atas alasan kesihatan.

Keputusan itu dibuat ketiga-tiga Hakim dalam prosiding yang diadakan secara dalam talian selepas mendengar hujah peguam bela tertuduh, Datuk Seri K. Rakhbir Singh serta Timbalan Pendakwaraya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar.

Memetik laporan The Star, Rakhbir memberitahu, beliau mengemukakan rayuan ikat jamin itu memandangkan anak guamnya mengalami masalah psikiatri.

Beliau juga mengemukakan rayuan bahawa kedua-dua anak kembar Etiqa adalah autistik sementara kedua orang tuanya tidak sihat untuk menjaga anak tertuduh.

Susulan itu, Rakhbir berkata, ketiga-tiga hakim mendapati ada merit pada rayuan itu dan membenarkan ikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin serta menyerahkan pasport kepada Mahkamah Majistret Kota Kinabalu.

Etiqa juga diarahkan untuk melapor diri pada tengah hari di Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang setiap hari Isnin.

Pada 29 Disember lalu, Etiqa dan suami, Mohammad Ambree Yunos, 40 tahun menghadapi tuduhan melakukan pembunuhan ke atas pembantu rumah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan, pasangan itu didakwa membunuh pembantu rumah, Nur Afiyah Daeng Damin, 28, di rumah mereka di kondominium yang terletak di Jalan Lintas Lido dekat sini, antara 10 hingga 13 Disember lalu.

Sebelum ini, Rakhbir mengemukakan rayuan ikat jamin di Mahkamah Majistret dan Mahkamah Tinggi bagaimanapun kedua-duanya ditolak.-AA

Bunuh Pembantu Rumah: Bekas Finalis MasterChef Dibenar Ikat Jamin RM30,000

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemuda OKU Tangisi Pemergian Bapa Undang Sebak Netizen (Video)

Rayuan akhir Najib, 94 alasan dikemukakan untuk Mahkamah Persekutuan

Janna Nick Gatal Raya pula (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker