Sejak bila Majlis Peguam pertahan orang dituduh terima rasuah – Isham

Sejak bila Majlis Peguam pertahan orang dituduh terima rasuah – Isham

Tindakan Majlis Peguam mempertikaikan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali mengundang persoalan.

Ketua Penerangan Barisan Nasional Selangor Isham Jalil berkata, sejak bila majlis tersebut mempertahankan pertahan orang yang dituduh terima rasuah.

Isham turut mempertikaikan, sama ada kenyataan yang dikeluarkan oleh Presidennya, Karen Cheah Yee Lynn berkaitan isu itu telah mendapat persetujuan daripada ahli-ahli yang lain.

“Kedua, mekanisme yang ditetapkan untuk menangani isu hakim seperti yang kamu kata di atas adalah amnya untuk menangani komplen salah-laku hakim atau ‘judicial misconduct’.

“Ada beza besar antara komplen judicial misconduct atau salah-laku hakim ini dengan dakwaan jenayah yang dilakukan oleh hakim. Misconduct (salahlaku) dengan crime (jenayah) itu banyak bezanya. Terima rasuah itu jenayah bukan sekadar salah-laku.

“Jika mekanisme yang kamu kata di atas kamu saran untuk siasat jenayah hakim, saya tidak rasa kamu berfikiran waras, malah itu adalah satu cadangan yang salah,” katanya.

Karen dilaporkan berkata, sisatan terhadap Nazlan melanggar doktrin pengasingan kuasa dan juga menjejaskan kebebasan Badan Kehakiman.

Dalam satu kenyataan Karen berkata “ada mekanisme ditetapkan bagi menangani isu ini dan … sebarang percubaan oleh pihak tidak bertanggungjawab boleh dilihat sebagai menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap badan kehakiman.

“Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan menyediakan cara khusus yang membolehkan sebarang aduan salah laku kehakiman ditangani dalam suatu cara tertentu yang akan memastikan keyakinan orang ramai terhadap Badan Kehakiman berterusan.

“Tanpa keyakinan yang diperlukan diterapkan kepada Badan Kehakiman sebagai sebuah institusi, pentadbiran sistem kehakiman tidak akan mendapat penghormatan dan penerimaan yang penting terhadap keberkesanan operasinya dalam pentadbiran kehakiman kita,” kata Karen.

Sementara itu, Isham berkata, adalah tidak masuk akal untuk menyuruh hakim menyiasat hakim yang menerima rasuah.

Jika itu berlaku akan menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap badan kehakiman kerana terhakisnya elemen semak-imbang.

“Hayatilah semangat sebenar ‘rule of law‘ iaitu tidak ada siapa yang boleh terlepas dari undang-undang jika mereka melakukan jenayah, tidak kira status, jawatan, bangsa, jantina atau sebagainya termasuklah hakim.

“Akhir kata, tegakkanlah rule of law setiap masa, bukan hanya apabila ia kena kepada kepercayaan politik kamu sahaja.
“Undang-undang perlu ditegakkan secara adil dan saksama, tidak kira siapapun yang melanggarnya, untuk mencapai keadilan kepada semua,” kata Isham.

Pada 23 April lalu media melaporkan, SPRM telah memulakan siasatan terhadap Mohd Nazlan berhubung dakwaan wang yang tidak dapat dijelaskan dalam akaunnya, berikutan laporan yang dibuat berkaitan perkara itu. MG

Sejak bila Majlis Peguam pertahan orang dituduh terima rasuah – Isham


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemuda OKU Tangisi Pemergian Bapa Undang Sebak Netizen (Video)

Rayuan akhir Najib, 94 alasan dikemukakan untuk Mahkamah Persekutuan

Janna Nick Gatal Raya pula (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker