Tolonglah buang sampah di tempat yang betul – Alam Flora

Tolonglah buang sampah di tempat yang betul – Alam Flora

Syarikat pembersihan Alam Flora Sdn Bhd berharap orang ramai dapat membuang sampah di tempat yang betul.

Gesaan itu dibuat setelah menjalankan operasi pembersihan selepas banjir kilat terbaru yang melanda ibu kota petang semalam.



Berdasarkan gambar yang dikongsi syarikat itu di media sosial, kelihatan banyak sampah bertaburan di atas jalan raya sekitar kawasan Bangsar.

Perkara sama dibangkitkan oleh pengguna maya sebelum ini.

“Diharap orang ramai turut membantu mengurangkan masalah sampah hanyut ini dengan membuang sampah di tempat yang betul.

“Buanglah sampah ke dalam tong sampah dan bukan ke dalam longkang ataupun sungai.



“Sayangi bandar raya kita. Bandar bersih hidup lestari,” katanya.

Hujan lebat yang berterusan sejak jam 3.30 petang semalam menyaksikan banyak laluan utama sekitar Kuala Lumpur ditenggelami air.

Antara laluan itu adalah Jalan Segambut, Jalan Kuching, Jalan Pudu, Jalan Ampang, Jalan Genting Klang, Jalan Sungai Besi, Jalan Tun Razak dan Jalan Tuanku Abdul Halim.

Turut dilaporkan ditenggelami air adalah Jalan Sematan, Jalan Kinabalu, Jalan Changkat Thami Dollah dan lebuhraya Sultan Iskandar. Mk



Tolonglah buang sampah di tempat yang betul – Alam Flora


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Larikan diri sejak 2015, buat pembedahan plastik demi elak dicekup polis



Lelaki Mengamuk Bakar MPV Polis Ditahan

‘Anak Saya Bukan Mat Rempit’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker