TMJ Persoal Ke Mana Pergi Ahli Politik, “Ada Apa-Apa Kaitan Ke Dengan Rumah Bonda?”

TMJ Persoal Ke Mana Pergi Ahli Politik, “Ada Apa-Apa Kaitan Ke Dengan Rumah Bonda?”

TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mempersoal ke mana perginya pemimpin politik di negara ini yang tidak bersuara berhubung isu penderaan terhadap Bella.

Mengajukan persoalan itu di ruang Instagram miliknya, Tunku Ismail berkata tindakan mendiamkan diri itu telah menimbulkan tanda tanya sama ada pemimpin politik tertentu terlibat dengan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali.



“Berkenaan kes Bella, mana pergi semua ahli politik yang ‘so called pro-human rights‘ ni semua? Senyap aja.
“Ada apa-apa kaitan dengan Rumah Bonda ke?” soal Tunku Ismail.

Tunku Ismail mempersoal perkara tersebut menerusi perkongsian di Instagram miliknya. – Foto Instagram/hrhcrownprinceofjohor

Baginda pada masa sama mempersoal sama ada rumah jagaan itu terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang melanggar undang-undang.

“Adakah beberapa rumah ini semua digunakan pihak-pihak tertentu untuk pengubahan wang haram dan pemerdagangan manusia?
“Dua-dua belah senyap,” katanya di Instagram peribadinya.

Pada 19 April lalu, Tunku Ismail telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun bagi membincangkan soal pembelaan kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) Sindrom Down itu yang sedang dibicarakan di mahkamah ketika ini.-AA

TMJ Persoal Ke Mana Pergi Ahli Politik, “Ada Apa-Apa Kaitan Ke Dengan Rumah Bonda?”



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemuda OKU Tangisi Pemergian Bapa Undang Sebak Netizen (Video)



Rayuan akhir Najib, 94 alasan dikemukakan untuk Mahkamah Persekutuan

Janna Nick Gatal Raya pula (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker