Larikan diri sejak 2015, buat pembedahan plastik demi elak dicekup polis
Larikan diri sejak 2015, buat pembedahan plastik demi elak dicekup polis
Polis Kelantan masih memburu lapan wanita disyaki terbabit dalam kes bunuh, samun dan curi yang melarikan diri sejak 17 tahun lalu, dengan ada yang dipercayai melakukan pembedahan plastik bagi mengelakkan ditangkap.
Bagaimanapun, Ketua Polis Kelantan, Shafien Mamat berkata, wanita yang dikehendaki polis itu mungkin masih berada di pedalaman Kelantan dan mereka suka berpindah-randah bagi mengelakkan dikesan.
“Pihak kita tetap mencari mereka, termasuk berhubung dengan polis luar Kelantan untuk menjejaki mereka bagi menyelesaikan kes yang tertangguh.
“Namun, ada dalam kalangan mereka ini mungkin sudah melarikan diri ke negara jiran, Thailand dan bertukar identiti serta nama bagi mengelakkan dikesan pihak polis.
“Kemungkinan mereka yang melarikan diri ke negara jiran juga sudah berkahwin dengan warganegara sana dan takut pulang ke Kelantan kerana bimbang ditahan polis,” katanya menurut laporan Harian Metro.
Beliau berkata, suspek wanita itu boleh bertukar wajah dan fizikal, lebih-lebih lagi yang melarikan diri sejak 2005 hingga menyebabkan polis sukar mengecam mereka.
“Berbanding suspek lelaki, walaupun mereka melarikan diri, namun wajah dan fizikal tidak banyak berubah.”
Beliau tidak menolak kemungkinan ahli keluarga tahu lokasi suspek, tetapi bertindak melindungi mereka daripada ditahan polis. FMT
Larikan diri sejak 2015, buat pembedahan plastik demi elak dicekup polis
Baca Artikel Menarik:
- Pakej Bantuan Khas diberi mulai hari ini
- Pusat karaoke terbakar, 3 pelanggan maut dipercayai terhidu asap
- Pekerja muat naik video pelanggan makan ketika Ramadan, Burger King ambil tindakan
- Amah tak dibayar gaji, bertahun bersih kondo, jaga 30 ekor kucing
- Radhi OAG mengaku tak bersalah cederakan bekas isteri
- Pukul Pengguna Jalan Raya, Identiti Pemandu Ferrari Gengster Telah Dikenal Pasti
- Penebar Roti Canai Dengan Gaji Mencecah RM200,000 Dicari
- Fasha Sandha Teruk Dikecam
- 30 minit dibenarkan berada di R&R semasa perayaan Aidilfitri
- Nilai ringgit merosot lima hari berturut-turut
- Wanita dituduh ada hubungan sulit dibelasah hingga pengsan
- Pesakit boleh terima pelawat, ditemani penjaga mulai 23 April
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.