PLUS nasihat pengguna bertolak sebelum 10 pagi, patuhi jadual perjalanan

PLUS nasihat pengguna bertolak sebelum 10 pagi, patuhi jadual perjalanan

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menasihatkan pengguna dari Lembah Klang yang akan pulang ke kampung yang jauh pada 29 April hingga 2 Mei ini bagi perayaan Aidilfitri supaya memasuki lebuh raya sebelum 10 pagi.

Ketua Pegawai Operasi PLUS Zakaria Ahmad Zabidi berkata pihaknya juga menyarankan orang ramai mematuhi jadual perjalanan Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) Balik Kampung dan Pulang Ke Bandar pada 29 April hingga 9 Mei dan merancang perjalanan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.



“Memandangkan ini adalah kali pertama selepas dua tahun menjalani perintah kawalan pergerakan (PKP), kami menjangka kira-kira dua juta kenderaan, iaitu peningkatan sebanyak 25% berbanding 1.6 juta kenderaan sehari yang menggunakan lebuh raya kami.

“Kami menasihatkan pelanggan lebuh raya untuk mematuhi jadual perjalanan TTA yang dikeluarkan bagi merancang perjalanan balik kampung dan pulang ke bandar.

“Orang ramai yang menuju ke destinasi lebih jauh seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Utara) dan Johor, dinasihatkan untuk memasuki lebuh raya lebih awal iaitu sebelum jam 10 pagi. Bagi mereka yang menuju ke lokasi yang lebih dekat atau ke negeri-negeri lain dinasihatkan untuk memasuki lebuh raya selepas jam 1 tengah hari,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Zakaria berdasarkan kajian pihaknya mendapati bagi perjalanan kembali semula ke Lembah Klang, pelanggan lebuh raya dijangka mengalami tempoh perjalanan yang lebih panjang di lebuh raya sekiranya mereka memilih untuk tidak mematuhi jadual TTA itu.



TTA yang dikeluarkan PLUS bagi perjalanan di lebuh raya dalam tempoh itu juga bertujuan mengagihkan trafik dan mengelakkan kesesakan daripada memasuki lebuh raya secara serentak di laluan utama lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat sekali gus mengurangkan kesesakan.

Pelanggan lebuh raya boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi Twitter @PLUSTrafik, Aplikasi PLUS, talian PLUSLine 1800-88-0000, Chatbot PUTRI, papan tanda elektronik (VMS) di lokasi terpilih serta mengikuti laporan trafik terkini menerusi siaran radio utama negara. FMT

PLUS nasihat pengguna bertolak sebelum 10 pagi, patuhi jadual perjalanan


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun

Mawar Karim Akui Sedang Bercinta



Prank Melampau Pegang Tangan Isteri Orang (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker