Kanak-kanak 9 tahun maut digilis ketika cuba tahan kereta berundur



Kanak-kanak 9 tahun maut digilis ketika cuba tahan kereta berundur

BALING: Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun maut digilis kereta, apabila dikatakan cuba menahan kereta itu yang sedang mengundur di Kampung Keledang Luar, Tawar, dekat sini semalam.

Aisyah Amani Amirrudin, murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan Tawar yang mengalami pendarahan di kepala, meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Bahiyah.

Ketua Polis Daerah Baling, Shamsudin Mamat berkata, kejadian berlaku kira-kira 2.15 petang, ketika kanak-kanak itu yang dikatakan sedang bermain bersama adik lelakinya berusia tujuh tahun di luar rumah, masuk ke dalam kereta itu yang diletakkan di hadapan rumah.

Beliau berkata, menurut saksi, kanak-kanak yang dilihat bermain di tempat duduk pemandu itu dipercayai telah menurunkan brek tangan menyebabkan kereta itu mengundur ke belakang.




“Kanak-kanak itu yang panik, kemudiannya berlari ke arah belakang kereta untuk cuba menahan kereta daripada bergerak, namun terus digilis kereta terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kejadian malang itu disedari bapa saudaranya berusia 29 tahun yang sedang bersiap untuk keluar bekerja sebagai pemandu ambulans sebuah syarikat swasta.

“Bapa saudara kanak-kanak itu yang terdengar jeritan terus ke kereta berkenaan dan mendapati anak saudaranya itu berada di bawah kereta,” katanya.

Shamsudin berkata, lelaki itu kemudian menghantar kanak-kanak berkenaan ke Hospital Sultan Abdul Halim di Sungai Petani, namun dia dilaporkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.

Katanya, mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut serta disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001. FMT




Kanak-kanak 9 tahun maut digilis ketika cuba tahan kereta berundur


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun

Mawar Karim Akui Sedang Bercinta

Prank Melampau Pegang Tangan Isteri Orang (Video)



Leave a Reply

Your email address will not be published.