Kabinet beri lampu hijau tanam ketum, hem bagi tujuan perubatan
Kabinet beri lampu hijau tanam ketum, hem bagi tujuan perubatan
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Zahidi Zainul Abidin berkata, Kabinet tiada halangan untuk membenarkan penanaman ketum dan hem bagi tujuan perubatan.
Tetapi, katanya, Kabinet meminta pihaknya berbincang dengan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berhubung cara meluluskan tanaman itu.
Beliau berkata, pihaknya yakin selepas proses itu dilakukan, Kabinet akan meluluskan ketum dan hem untuk tujuan perubatan tidak lama lagi.
“Ini adalah satu perkembangan yang sangat baik dan cerah, terutamanya kepada mereka yang terlibat dalam bidang perubatan. Sekali lagi saya ingin ingatkan ini bukan lulus untuk minum air ketum, sebaliknya untuk tujuan perubatan.
“Masyarakat jangan salah faham, kita luluskan ketum bukan untuk minum, tetapi untuk jual kerana ketum dan hem dapat permintaan tinggi di luar negara,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.
Zahidi berkata, kebenaran menanam ketum untuk tujuan komersial dapat membantu masyarakat luar bandar meningkatkan taraf hidup kerana proses tanaman itu lebih mudah.
Katanya, ketum yang hanya memerlukan angin, matahari serta tanah tanpa baja, mempunyai permintaan cukup tinggi di luar negara.
Beliau berkata, negara juga memerlukan penanaman hem selepas minyak sawit diboikot atas dakwaan penebangan pokok dan perubahan iklim yang menyebabkan karbon dioksida tidak seimbang.
“Hem adalah sebahagian daripada program kredit karbon, yang mana ia boleh menukar karbon dioksida kepada oksigen sebanyak tiga kali ganda. Jadi, kita boleh menolak balik tuduhan itu dengan penanaman hem.”
Pada 12 April lalu, Kaukus Medical Cannabis dilaporkan berkata, isu dasar berkaitan industri hem, ganja untuk tujuan perubatan dan ketum akan dibincang serta diperhalusi dalam mesyuarat Kabinet.
Kaukus itu berkata, nilai pasaran industri itu mencecah RM60 bilion dan lebih 40 negara sudah membenarkan penggunaan kanabis untuk perubatan.
Dalam pertemuan dengan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, kaukus itu turut membangkitkan isu berkaitan rakyat negara ini yang didakwa di mahkamah dan disabitkan bersalah atas penggunaan ganja untuk perubatan.
Katanya, Ismail memberi respons positif berhubung isu berkaitan industri berkenaan.
Baru-baru ini, Khairy dilaporkan berkata, kementeriannya sedia bekerjasama dengan pemain industri atau kumpulan akademik bagi mengkaji penggunaan marijuana bagi tujuan perubatan. FMT
Kabinet beri lampu hijau tanam ketum, hem bagi tujuan perubatan
Baca Artikel Menarik:
- Pakej Bantuan Khas diberi mulai hari ini
- Pusat karaoke terbakar, 3 pelanggan maut dipercayai terhidu asap
- Pekerja muat naik video pelanggan makan ketika Ramadan, Burger King ambil tindakan
- Amah tak dibayar gaji, bertahun bersih kondo, jaga 30 ekor kucing
- Radhi OAG mengaku tak bersalah cederakan bekas isteri
- Pukul Pengguna Jalan Raya, Identiti Pemandu Ferrari Gengster Telah Dikenal Pasti
- Penebar Roti Canai Dengan Gaji Mencecah RM200,000 Dicari
- Fasha Sandha Teruk Dikecam
- 30 minit dibenarkan berada di R&R semasa perayaan Aidilfitri
- Nilai ringgit merosot lima hari berturut-turut
- Wanita dituduh ada hubungan sulit dibelasah hingga pengsan
- Pesakit boleh terima pelawat, ditemani penjaga mulai 23 April
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun
Prank Melampau Pegang Tangan Isteri Orang (Video)