Wanita pecah rekod berenang paling jauh di bawah ais

AMBER Fillary berjaya memecahkan rekod dunia sendiri dengan berenang sejauh 90 meter di bawah ais. – Guinness World Records

OSLO – Seorang wanita dari Afrika Selatan memecahkan Guinness World Records miliknya sendiri apabila berenang sejauh 90 meter di bawah lapisan ais, lapor agensi berita United Press International (UPI) kelmarin.

Amber Fillary pertama kali mencipta rekod kategori tersebut dua tahun lalu di Oppsjo, Norway dengan berenang sejauh 70 meter di bawah lapisan ais.

Dia berjaya memecahkan rekodnya sendiri di Kongsberg, Norway.

Wanita itu berenang pada jarak 90 meter tanpa bantuan peralatan renang atau sut selaman pada 5 Mei lalu.



“Sejak usia 15 tahun, saya bertarung dengan masalah anoreksia, bulimia dan kemurungan. Saya menghabiskan usia awal 20-an di pusat rehabilitasi. Saya juga ketagih arak dan beberapa kali cuba membunuh diri.

“Namun, air memberi ketenangan kepada saya  ketika saya bergelut dengan kehidupan ini,” kata wanita itu di laman webnya.

Fillary juga merupakan pemegang rekod dunia untuk berjalan paling lama di dalam air dengan sekali nafas. Wanita itu berjalan di dalam air  sejauh 109.6 meter dalam pencapaian yang dilakukan di  Dahab, Mesir.

Perenang itu berkata, dia sudah bersedia untuk percubaan memecah rekod terbaru itu selepas  membiasakan badannya dengan kesejukan di Berlin. Fillary juga berlatih di tasik Norway di mana dia memecahkan rekod tersebut. – Agensi



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun



Mawar Karim Akui Sedang Bercinta



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker