Warga emas rentung dalam kebakaran empat kenderaan

Salah sebuah kenderaan yang terlibat dalam kebakaran di Petaling Jaya awal pagi ini. – Foto JBPM Selangor

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran empat buah kenderaan di Petaling Jaya, Selangor, awal pagi ini.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.45 pagi.

“Berdasarkan laporan awal, kebakaran melibatkan empat buah kenderaan yang diparkir iaitu jenis Ford Telestar, Naza Citra, Proton Wira dan lori satu tan jenis Daihatsu.

“Bomba mendapati terdapat seorang mangsa lelaki berusia 67 tahun yang berada di dalam kereta Naza Citra tersebut telah rentung akibat kebakaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.



Mengulas lanjut, JBPM Selangor berkata, kebakaran berjaya dipadamkan oleh bomba dan siasatan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kau pondan tiada anak, Che Ta ‘taji’ Diva AA

Aisar Khaled sedekah RM60 ribu seminggu



Mondy dakwa Ebit usap-usap tangannya

Fasha, Aidil keterlaluan tayang aksi ghairah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker