Thailand serius bina ‘jambatan darat’ pintas Selat Melaka
Thailand serius bina ‘jambatan darat’ pintas Selat Melaka

BANGKOK — Menteri Pengangkutan Thailand merancang untuk membentangkan cadangan projek mega ‘jambatan darat’ kepada Kabinet pada Jun ini, bertujuan untuk memanfaatkan potensi penutupan Selat Hormuz sambil menegaskan bahawa kerajaan tidak akan membiayai projek tersebut, lapor laman berita Khaosod hari ini.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pengangkutan Phiphat Ratchakitprakarn berkata, projek dianggarkan menelan kos sekitar 1 trilion baht (RM122.56 bilion) itu akan menghubungkan pelabuhan di Laut Andaman dan Teluk Thailand, mewujudkan laluan pemindahan antara Lautan Hindi serta Pasifik.
Menurutnya, rancangan itu selaras dengan kenyataan Perdana Menteri Anutin Charnvirakul bahawa projek itu wajar diteruskan, memandangkan kemungkinan ketidakstabilan masa depan di Selat Hormuz.
Menjawab kritikan bahawa pemindahan kargo antara pelabuhan akan meningkatkan masa penghantaran, Phiphat berkata, lebih 90 peratus penghantaran kontena global melibatkan pemindahan kargo dan bukannya penghantaran terus dari hujung ke hujung.
“Sekiranya kargo dipindahkan di pelabuhan Thailand, ia juga perlu dipindahkan di tempat lain, seperti di Singapura,” katanya, sambil menambah, Thailand sedang berusaha untuk menarik lebih banyak trafik pemindahan kargo.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO 80 Tahun: Lambang Perjuangan, Pengorbanan … Perkukuh Kesatuan – Fairul Roslan
- Daftar Online Keahlian UMNO Terus Meningkat, Mohd Razlan Cadang Buka Ruang Pemerhati Cawangan
- SPU Buka Pengambilan Pelajar Baharu, Perkukuh Barisan Pemimpin Pelapis
Phiphat berkata, kajian kebolehlaksanaan oleh Pejabat Dasar Perancangan Pengangkutan dan Trafik telah selesai, dan beliau akan mengadakan lawatan tapak Mei ini. Projek itu dijangka dibuka untuk bidaan kepada pelabur tempatan dan asing, dengan peluang yang sama rata.
Pembinaan boleh bermula lewat tahun ini, sementara menunggu kelulusan Kabinet, yang beliau jangkakan akan dikemukakan antara Jun dan Julai 2026.
Jelasnya, kerajaan tidak akan melabur secara langsung dalam projek itu, sebaliknya akan memberikan konsesi tanah kepada pelabur swasta. – AGENSI
Thailand serius bina ‘jambatan darat’ pintas Selat Melaka
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KESEDAR Perkukuh Agenda Peneroka, Proses Pemilikan Tanah Dipacu Lebih Tersusun
- UMNO 80 Tahun: Dekati Generasi Digital, Penggerak Suara Anak Muda – Nurul Amirah
- Lawatan PM Ke Johor Diharap Perkukuh Keselarasan Kerajaan Persekutuan Dan Negeri – Onn Hafiz
- LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Puteri e-Biz: Usaha Bantu Wanita Muda Fahami Realiti Ekonomi Semasa – Nurul Amal
You must be logged in to post a comment.