RESET Manchester United

MANCHESTER – Pengurus baharu Manchester United, Erik Ten Hag berkata beliau tidak akan menggadaikan prinsip dan falsafah bola sepaknya semata-mata untuk memuaskan keinginan beberapa pemain sambil mengakui bersedia untuk membina United dengan imejnya tersendiri.

Pengurus dari Belanda itu membuat keputusan meninggalkan Ajax Amsterdam pada peng­hujung musim ini setelah me­nerima kontrak yang ditawarkan oleh The Red Devils sehingga Jun 2025.

Ten Hag bakal ‘mewarisi’ skuad United yang rata-rata dibarisi nama besar termasuk bintang Portugal, Cristiano Ro­naldo, namun beliau memberitahu bahawa akan menggunakan kaedah ‘cuba dan uji’ untuk mencari formasi terbaik buat pasukan itu.



“Saya fikir itu lebih sesuai, tetapi saya akan sentiasa menjadi diri sendiri. Saya tidak akan mengubah pandangan saya me­ngenai cara pengurusan pasukan. Pemain yang ada akan menentukan cara pasukan akan bermain.

“Bagaimanapun, saya akan mengawal sepenuhnya apa yang perlu diberikan oleh pemain. Saya akan memberikan tugas kepada mereka, jika mereka gagal, mereka harus sedar di mana kedudukan mereka, tidak kira apa status mereka dalam pasukan.

“Saya tidak akan berkompromi mengenai perkara itu. Saya sudah memberitahu pihak pengurusan dan membuat permintaan tersebut sebelum mengambil keputusan menandatangani kontrak ini. Jika mereka tidak bersetuju, saya juga tidak akan bersetuju.

“Butang utama pasukan ini berada di tangan saya, hanya saya akan membuat keputusan mengenai pasukan ini. Saya tidak mahu menjadi diktator, tetapi saya mahu bekerjasama.



“Saya juga akan berada dalam setiap keputusan mengenai urusan sama ada membeli atau menjual pemain. Itu syarat yang saya berikan kepada mereka,” jelas Ten Hag. – AGENSI

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun

Mawar Karim Akui Sedang Bercinta



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker