Anak Tangguh Belajar Jaga Ibu Kini Kena Kanser Otak Selepas Sembuh Kanser Usus



Anak Tangguh Belajar Jaga Ibu Kini Kena Kanser Otak Selepas Sembuh Kanser Usus

HULU TERENGGANU – Seorang pelajar kolej sanggup berkorban menangguhkan pengajian demi menjaga ibunya yang kini terlantar sakit akibat penyakit kanser otak.

Muhammad Adib Afham Ta­lib, 22, yang merupakan pelajar tahun akhir Diploma Pengurusan Industri Halal di Kolej Uniti Ne­geri Sembilan berkata, ketika ini dia sepatutnya menjalani latihan praktikal sebagai prasyarat sebelum menamatkan pengajian.

Bagaimanapun katanya, latihan itu terpaksa dilupakan seketika bagi memastikan tanggungjawab yang lebih besar iaitu menjaga ibu, Fudziaton Yunus, 51, yang disahkan menghidap kanser otak tahap empat dapat dilaksanakan dengan sempurna.

“Penyakit ini mula dikesan sejak awal tahun selepas ibu kerap mengadu sakit kepala selain pertuturannya menjadi kurang jelas,” katanya ketika ditemui Kos­mo! di rumahnya di Kampung Kemat di sini baru-baru ini.

Muhammad Adib Afham berkata, sebelum ini, ibunya pernah didiagnos menghidap kanser usus pada tahun 2017.

Jelasnya, penyakit kanser usus dihadapi ibunya itu telah disahkan sembuh beberapa tahun lalu setelah menjalani rawatan termasuk 12 kali kimoterapi dan pembedahan.




“Ibu tidak dapat menguruskan diri sendiri termasuk perlu memakai lampin pakai buang setiap masa,” katanya.

Muhammad Adib Afham memberitahu, bapanya sudah meninggal dunia akibat penyakit buah pinggang pada tahun 2011.

Katanya, kehidupan mereka kini bergantung kepada wang simpanan dan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah RM300 sebulan.

“Buat masa ini, saya bekerja sambilan di sebuah ladang ternakan ayam berhampiran untuk menambah pendapatan.

“Bagaimanapun, banyak masa terpaksa ditumpu untuk menjaga ibu di rumah kerana tahap kesihatannya semakin merosot,” katanya.-UM

Sementara itu, orang ramai boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun Bank Simpanan Nasional milik Muhammad Adib Afham bernombor 11001-41-00002693-6 atau menghubungi di talian 011-2922 5400.

Anak Tangguh Belajar Jaga Ibu Kini Kena Kanser Otak Selepas Sembuh Kanser Usus




Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda





Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun

Mawar Karim Akui Sedang Bercinta

Prank Melampau Pegang Tangan Isteri Orang (Video)



Leave a Reply

Your email address will not be published.