Mahkamah batal larangan bertudung di sekolah

KEPUTUSAN itu menghantar satu mesej kepada masyarakat Islam di Thailand bahawa mereka berhak untuk mengamalkan agama mereka. – NaewNa

 

Sebuah mahkamah membatalkan larangan bertudung yang dikuatkuasakan di sebuah sekolah di Pattani, selatan Thailand sejak empat tahun lalu, lapor laman berita Thaiger kelmarin.

Pengurusan sekolah ber­kenaan mendakwa bahawa pemakaian tudung oleh pelajar Islam bercanggah dengan peraturan Kementerian Pendidikan Thailand.

Larangan yang ditentang oleh ibu bapa itu berakhir apabila Mahkamah Pentadbiran Yala mengumumkan keputusan membatalkannya.



Sekolah Anuban Pattani yang terdiri daripada tadika dan sekolah rendah itu terletak dalam kawasan kuil Buddha.

Majoriti pelajarnya beragama Buddha tetapi sekolah itu terletak di wilayah Pattani di mana 86 peratus penduduknya memeluk Islam.

Pada 16 Mei 2018, pengarah Sekolah Anuban Pattani mengeluarkan arahan melarang pelajar memakai tudung ke sekolah. Kira-kira 20 ibu bapa menandatangani petisyen meminta larangan itu ditarik balik dan menyerahkannya kepada mahkamah.

Selepas pertikaian undang-undang selama empat tahun, pelajar kini dibenarkan berpakaian mengikut tatacara agama Islam semasa di sekolah.



Keputusan itu menghantar mesej kepada masyarakat Islam di Thailand bahawa mereka berhak untuk mengamalkan agama mereka, demikian menurut seorang ibu kepada pelajar yang belajar di sekolah Anuban Pattani.

Mahkamah memutuskan bahawa perlembagaan Thailand menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat seperti hak beragama. Tiada peraturan mana-mana institusi dibenarkan untuk menyekat hak tersebut. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun



Mawar Karim Akui Sedang Bercinta

Prank Melampau Pegang Tangan Isteri Orang (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker