Akhirnya Penjual Kerepek Berjaya Kumpul Dana Pulang Beraya Selepas Tular

Akhirnya Penjual Kerepek Berjaya Kumpul Dana Pulang Beraya Selepas Tular

Johor Bahru: Lelaki yang menjual kerepek dari keretanya bagi mengumpul wang pulang berhari raya ke Terengganu, tidak menyangka jualannya menerima permintaan luar biasa selepas kisahnya tular, minggu lalu.

Kisah sedih Mohd Nor Hakim Haim, 32, yang berusaha menjual kerepek dhal dari keretanya selepas dua kali dibuang kerja, bagi memastikan kerinduan isterinya untuk pulang beraya ke Chendering dapat ditunaikan disiarkan Harian Metro, Selasa lalu sebelum ia tular di media sosial.

Mohd Nor Hakim berkata, sejak kisahnya itu disiarkan dan tular, kerepek jualannya itu diborong sehingga habis setiap hari malah ada pembeli yang sanggup menanti bagi memastikan mereka berjaya membuat pembelian.

“Alhamdulilah, terima kasih Harian Metro kerana menyiarkan kisah saya sehingga jualan kerepek habis setiap hari.

“Jika sebelum ini nak jual 10 paket sehari pun susah, namun kini setiap hari stok kerepek dhal habis malah beberapa pembeli membuat belian pukal.

Selasa lalu, Harian Metro melaporkan kisah Mohd Nor Hakim yang diuji dugaan berat apabila kehilangan kerja dua kali berturut-turut, sebelum dia nekad berusaha menjual kerepek dari keretanya bagi pulang berhari raya ke Terengganu.

Nor Hakim menjual kerepek dhal pelbagai perisa, rempeyek selain bawang goreng di parkir kawasan

Pusat Komersial UDA daripada jam 10 pagi hingga jam 2 petang berkata, usaha menjual kerepek dari kereta itu dilakukan sebagai usaha terakhir selepas wang simpanannya semakin menyusut.

Beliau sebelum itu bekerja sebagai mekanik di Singapura selama lima tahun, namun dua minggu selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada 18 Mac 2020, perkhidmatannya ditamatkan.

Dia kemudian mendapat kerja sebagai penghantar barang di sebuah syarikat kurier baharu, namun pada Disember lalu, perkhidmatannya sekali lagi ditamatkan apabila syarikat itu menutup operasinya.

Dalam pada itu, Mohd Nor Hakim berkata, kisahnya yang tular itu turut membantu peniaga kecil yang menjual barang jualan menerusi kereta mereka.

“Sebenarnya ada ramai yang senasib saya, mereka kehilangan kerja dan hilang punca pendapatan dan menjual kuih-muih, kerepek dan biskut raya dari kereta.

“Namun berkat kisah saya itu disiarkan, mereka memaklumkan jualannya mereka juga tiba-tiba meningkat dan ia sangat menggembirakan rakan yang sebelum ini juga susah dan hilang punca,” katanya.-HM

Akhirnya Penjual Kerepek Berjaya Kumpul Dana Pulang Beraya Selepas Tular

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun

Mawar Karim Akui Sedang Bercinta

Prank Melampau Pegang Tangan Isteri Orang (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker