Gaduh rebut pelanggan, 7 lelaki ditahan

Gaduh rebut pelanggan, 7 lelaki ditahan

KOTA BHARU: Polis menahan tujuh lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian pergaduhan di kawasan pasar raya KB Mall di sini, selepas videonya tular di laman sosial semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Mohd Rosdi Daud berkata semua suspek yang ditahan berumur antara 19 hingga 30 tahun, dipercayai terlibat dalam kejadian pada jam 9.30 malam itu selepas dua laporan polis telah dibuat oleh mereka.

“Hasil maklumat awal, kejadian dipercayai berpunca daripada perasaan tidak puas hati dan pertelingkahan melibatkan dua pekerja premis perniagaan telefon bimbit yang berebut pelanggan, masing-masing kemudian membawa kumpulan rakan sehingga mencetuskan pergaduhan di dalam dan luar kawasan pasar raya.

“Dalam kejadian itu juga, enam suspek mengalami cedera ringan dan telah dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, ujian saringan awal mendapati semua suspek negatif dadah.

Menurutnya, mereka ditahan reman bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Hasil semakan turut mendapati lima daripada mereka yang ditangkap mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah, dengan masing-masing bekerja sebagai pembantu kedai, buruh, pemandu lori dan petani.

“Bagaimanapun, pihak kami masih mengesan beberapa lagi individu lain yang turut terbabit dalam insiden berkenaan kerana terdapat tiga rakaman video berkaitan kejadian itu berdurasi (31 saat, 27 saat dan tujuh saat) telah dimuat naik di laman sosial Facebook,” katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri kerana ia menyalahi undang-undang. FMT

Gaduh rebut pelanggan, 7 lelaki ditahan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun

Mawar Karim Akui Sedang Bercinta

Prank Melampau Pegang Tangan Isteri Orang (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker