Mawar Karim buat laporan polis

Mawar Karim buat laporan polis

USAHAWAN popular, Mawar Karim telah membuat laporan polis pada 15 April lalu susulan dakwaan dia berhutang dan meminjam sebanyak RM720,000 daripada seorang individu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, peguam Mawar iaitu Datuk Mohd Imran Tamrin dari Tetuan Zabir Imran & Partners berkata, pihaknya dilantik bagi mewakili usahawan berkenaan untuk menasihati dan membuat tindakan undang-undang berkaitan tuntutan yang telah difailkan pihak plaintif.



“Pihak kami telah pun memberikan beberapa maklumat berasaskan fakta material yang sangat penting berkaitan kes ini kepada pihak polis agar satu siasatan lanjut dan lebih menyeluruh dibuat.

“Ia dibuat bagi memastikan sama ada wujud sebarang niat jahat, cubaan atau salah laku jenayah berkaitan penipuan atau apa-apa kesalahan lain yang telah dilakukan terhadap Mawar Abdul Karim,” ujar kenyataan tersebut.

Sebelum ini, menerusi laporan media, Mawar yang merupakan bekas isteri kepada aktor Fizo Omar itu bakal diisytihakan muflis setelah dikatakan gagal membayar hutang sebanyak RM720,000.

Tambah Mohd Imran lagi, pasukan peguam telah memfailkan permohonan untuk mengenepikan penghakiman ingkar kehadiran tersebut dan permohonan penggantungan pelaksanaan terhadap anak guamnya pada 18 April lalu.



“Berkenaan dengan isu sama ada anak guam kami telah diisytiharkan sebagai seorang bangkrap atau tidak, kami mengesahkan bahawa setakat hari ini beliau masih lagi seorang yang tidak bangkrup.

“Tidak ada sebarang notis kebangkrapan yang telah diserahkan kepada beliau setakat hari ini,” katanya. Utv

Mawar Karim buat laporan polis


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anak angkat celah mana?, Nurulhidayah nafi dakwaan warganet

Biawak Bengal Di Rogol, Empat lelaki Ditahan



Peniaga ‘Mee Tonggek’ Boleh Berniaga Semula Dengan Syarat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker