Pemancing tawan kap emas sebesar budak 10 tahun

Hackett berjaya memancing ikan kap emas di Tasik BlueWater, Champagne, Perancis baru-baru ini. – Foto BluewaterLake/Facebook

PARIS –  Seorang nelayan Britain, Andy Hackett berjaya memancing seekor ikan kap emas gergasi yang memiliki berat menyamai  budak berumur 10 tahun di Tasik BlueWater, Perancis baru-baru ini, lapor portal berita Daily Star semalam.

Tangkapan  ikan gergasi itu adalah yang pertama diperoleh dalam hidup Hackett. Dia mengambil masa  25 minit untuk menaikkan ikan tersebut dari dalam tasik.

Hackett yang berasal  dari Worcestershire, berjaya menaikkan ikan tersebut yang digelar ‘The Carrot’ kerana berwarna  oren terang, manakala beratnya mencapai 30.37 kilogram dan merupakan antara ikan kap terbesar di dunia.

Seorang budak lelaki berusia 10 tahun mempunyai purata berat antara 24 kilogram hingga  49.44 kilogram.



Dilepaskan ke dalam tasik 20 tahun lalu, Hackett sedar ikan gergasi itu berada di lokasi tersebut  tetapi dia tidak menyangka akan dapat menangkapnya.

“Saya tahu ia adalah ikan besar apabila ia memakan umpan saya dan pergi ke tepi, ke atas dan ke bawah. Kemudian ia muncul di permukaan dan saya melihat ia berwarna oren,” kata pemancing berumur 42 tahun itu.

Pengurus Perikanan tasik tersebut, Jason Cowler mengucapkan tahniah kepada Hackett berikutan tangkapannya dan berkata, walaupun ikan itu diketahui berenang selama 20 tahun di tasik berkenaan,  The Carrot sukar untuk ditangkap kerana ia sukar difahami.

Dia berkata: “Anda sukar  melihatnya jika ia berada di bawah permukaan tetapi  The Carrot jelas berwarna oren terang menyebabkan anda tidak akan boleh terlepas (melihatnya).”



Hackett bergambar dengan ‘The Carrot’ sebelum melepaskannya semula ke dalam tasik tersebut dengan selamat. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Aedy, sudikah awak menjadi milik saya – Amelia Henderson

Tular Video Isteri Tengking Suami Di Dobi? [VIDEO]



View Chin Dah Kahwin Dengan Penyondol@Mira



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker