Penganggur maut selepas bertengkar minta sewa rumah

Penganggur maut selepas bertengkar minta sewa rumah

KANGAR – Seorang penganggur ditemui mati selepas dipercayai bertengkar dengan seorang lelaki berkaitan bayaran sewa rumah dalam kejadian di Kampung Guar Sabun, Jalan Batu Pahat dekat sini semalam.

Mayat Kamarul Izahar Mat Nanyan, 49, ditemui dalam keadaan terlentang dengan dua kesan luka kecil di bahagian dahi serta tangan terikat di belakang di tepi sebuah rumah.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, lelaki terbabit dari Kampung Abi Batas Paip dikatakan pergi ke rumah didiami pasangan suami isteri di Kampung Guar Sabun sambil membawa sebilah parang.

Dia kemudian mengarahkan penghuni lelaki itu membayar sewa rumah kepadanya, namun penghuni terbabit tidak mengendahkannya kerana pembayaran sewa dilakukan kepada individu lain dikenali sebagai Nana.

Lelaki itu marah dan mengamuk dengan menetak cermin kereta kepunyaan penyewa rumah itu lalu menetak penghuni rumah terbabit dengan parang sebelum berlaku pergelutan antara mereka.

Si mati difahamkan bukan pemilik rumah tersebut yang mana punca dia meminta bayaran sewa rumah belum dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, isteri kepada mangsa ditetak kemudian menghubungi jiran memaklumkan tentang kejadian yang kemudian tiba di lokasi sebelum mendapati dua lelaki terbabit sedang bergelut.

“Jirannya itu kemudian meminta bantuan daripada empat orang lelaki tinggal berhampiran yang terus membantu suami mangsa sebelum mereka bertindak mengikat lelaki terbabit.

“Selepas itu, lelaki itu didapati tidak lagi bergerak dan terus menghubungi pihak polis dan ambulans sebelum mengesahkan kematiannya,” katanya di sini hari ini. K Online

Penganggur maut selepas bertengkar minta sewa rumah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pasangan 50 tahun ke atas lebih nikmat hubungan intim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker