Muhyiddin Gagal Sebagai PM8, Gagal Sebagai Pengerusi MPN

Oleh Tun Teja

KITA perlu ukur baju dibadan sendiri. Dalam isu Muhyiddin Yassin, masalah timbul kerana beliau tidak pernah ukur kemampuan sendiri. Semuanya dikaburi dengan “nafsu” untuk memegang kuasa walaupun diri tidak layak.

Kita semua tahu penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) sekadar menjaga “air muka” Muhyiddin Yassin semata-mata. MPN langsung tidak relevan dengan fungsi yang digembar-gemburkan.

Pelantikan Muhyiddin sebagai pengerusi MPN sekadar “syarat susulan kehilangan kuasa selepas sekadar 17 bulan menjadi perdana menteri”. Negara tidak semena-mena terpaksa menanggung kos tambahan utk penubuhan majlis yang tidak relevan.

Sebenarnya Muhyiddin mahu MPN ditubuhkan semata-mata untuk menutup kelemahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam menguruskan ancaman pandemik Covid-19.

MPN cuba dijadikan bukti bahawa kerajaan Muhyiddin amat serius bertindak untuk memulihkan ekonomi. Penubuhannya bermotifkan politik.

Kerajaan campuran yang ada sekarang terdiri dari Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

Sejak kebelakangan ini Muhyiddin menyerang BN secara berterusan. Malah beliau melabelkan BN sebagai musuh utama PN pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15). Dengan itu MPN tidak akan dapat berfungsi dengan baik dalam senario politik terkini.

Oleh itu, jalan penyelesaian terbaik adalah membubarkan MPN.

Muhyiddin gagal sebagai Perdana Menteri ke 8 malah beliau juga gagal sebagai Pengerusi MPN. Kini beliau Presiden Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), parti yang akan bertanding dalam PRU-15. Rakyat Malaysia diseru agar jangan mengundi parti pimpinan Muhyiddin ini bagi mengelakkan negara menuju kegagalan.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker