Pendakwah bebas maut kemalangan

Pendakwah bebas maut kemalangan

CHUKAI: Seorang pendakwah bebas maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 119, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kompleks Operasi PETRONAS Kemaman, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari, Mohd Najib Ali@Awang, 52, yang parah di kepala disahkan meninggal di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, berkata mangsa menunggang motosikal ke Kerteh.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu seorang wanita berusia 46 tahun dari arah bertentangan membuat pusingan U secara mengejut.

“Mohd Najib gagal membrek dan mengelak, sebelum merempuh kereta terbabit.

“Rempuhan kuat itu menyebabkan mangsa tercampak. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang tiba kemudian,” katanya.

Hanyan berkata, pemandu kereta cedera di leher.

“Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut, sementara mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik hospital sama.

“Kes berkenaan disiasat mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. BH

Pendakwah bebas maut kemalangan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara

Bayar atau tak boleh keluar dari Malaysia

‘Tiga beradik’ Juadah Istimewa Menjadi Rebutan Di Bulan Ramadan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker