Guru agama mati ditembak di Pattani

Guru agama mati ditembak di Pattani

PATTANI: Seorang guru agama maut ditembak ketika menaiki motosikal dalam perjalanan pulang ke rumah di Pattani, selatan Thailand, tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12:30 tengah malam waktu tempatan itu, lelaki berusia 52 tahun itu adalah guru agama di sekolah agama Al-Islamiah Wittaya.

Ketua Polis Daerah Nong Chik, Pol Kol Komkrit Srisong, berkata polis menemui sekurang-kurangnya 10 kelongsong peluru di tempat kejadian tidak jauh dari rumah mangsa.



“Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian dada dan perut dihantar ke hospital, namun disahkan meninggal dunia di hospital,” katanya ketika dihubungi.

Komkrit berkata, polis mempercepatkan siasatan berhubung motif kejadian dan giat menjejaki suspek. BH

Guru agama mati ditembak di Pattani


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara

Bayar atau tak boleh keluar dari Malaysia

‘Tiga beradik’ Juadah Istimewa Menjadi Rebutan Di Bulan Ramadan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker