Kisah Adik Akak gandingan hebat Ogy, Fazlina

Kisah Adik Akak gandingan hebat Ogy, Fazlina

Kali pertama Primadona Filem Melayu, Fauziah Ahmad Daud dan adiknya, Fazlina Ahmad Daud bergandingan menerusi teater Bawang Putih Bawang Merah arahan Erma Fatima di Istana Budaya pada 2015.

Selepas tujuh tahun, anak pasangan Allahyarham Seniman Datuk Ahmad Daud dan Seniwati Datin Saadiah Baharom itu disatukan sekali lagi, namun menerusi telefilem Adik Kakak yang menghiasi slot Cerekarama di TV3.



Fauziah lebih mesra disapa Ogy berkata, beliau percaya sesuatu yang terjadi ada hikmah tersendiri.

Baginya, ia sama dengan menunggu lama untuk berkongsi satu skrin sama dengan adik sendiri.

“Mungkin belum ada karya yang sesuai untuk melihat kami disatukan. Skrip telefilem ini mengambil masa lama untuk disiapkan.

“Saya ditawarkan membintangi telefilem Adik Kakak ini tahun lalu. Namun, penggambaran bermula, tahun ini.



“Umpama rezeki kami disatukan dalam telefilem ini,” kata Ogy yang melakonkan watak Azizah yang kurang upaya intelektual hingga tahap pemikirannya masih seperti kanak-kanak.

Secara peribadi, pengarah filem pendek berjudul Asrar itu gembira disatukan dengan Fazlina.

“Saya sentiasa memerhatikan perkembangan seninya selama ini. Malah, saya menjadi orang pertama membawanya ke dunia lakonan. Saya lihat lakonan Fazlina kian matang.

“Kami tiada masalah bergandingan dan sentiasa profesional di lokasi penggambaran. Kami sentiasa menyokong apa yang dilakukan.



“Saya bersetuju berlakon telefilem ini juga atas paksi menyokong adik sendiri,” kata Ogy.

Tambah Ogy, karya arahan Kyoll Hamzah ini sarat mesej murni mengenai kasih sayang antara adik dan kakak.

“Ia mengenai pengorbanan adik menjaga kakaknya,” kata Ogy.

Sementara itu, Fazlina yang membawa watak Hanum mengakui, gementar saat disatukan dengan kakaknya.



Selain itu, katanya, gandingan ini juga umpama meneruskan legasi seni ibu bapa mereka.

“Saya harap karya ini dapat dilihat sebagai gandingan adik dan kakak dalam alam realiti. Namun, sebagai anak seni yang mencurahkan rasa dan emosi.

“Berlakon dengan kakak sendiri seperti saya sudah menang ‘anugerah’. Kakak umpama mentor dan cikgu seni saya,” katanya yang memberi 300 peratus ‘roh’ menyerap watak dilakonkan.



Jelas Fazlina, apa yang dipaparkan dalam telefilem terbitan Switch On Entertainment Sdn Bhd itu memberi simbolik tersendiri.

“Apa terjadi pada alam realiti iaitu saya akan melindungi dan menjaga kakak seperti apa yang dipaparkan dalam karya ini, begitu juga sebaliknya,” kata Fazlina.

Selain Ogy dan Fazlina, telefilem ini turut dibintangi Fauziah Nawi, Faye Kusairi, Lia Natalia, Sharifah Shahora, Hasnol Rahmat, Avaa Vanja dan ramai lagi. BH

Kisah Adik Akak gandingan hebat Ogy, Fazlina




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Ayam Masak Bawang Mengiurkan

Mas Idayu bakal berkahwin dengan penerbit eksekutif TV3

https://mykmu.net/2022/04/10/dilabel-jual-juadah-harga-tel-aviv-chef-ammar-tersingg

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker