Britain sumbang peluru berpandu kepada Ukraine

Britain sumbang peluru berpandu kepada Ukraine

Britain akan menghantar peluru berpandu anti kapal yang berupaya meletupkan Armada Laut Hitam Rusia yang menyerang tentera Ukraine, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Keputusan tersebut dibuat selepas Perdana Menteri Boris Johnson bertemu dengan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy di bandar raya Kiev.



Menurut sumber, Britain akan menghantar peluru berpandu Harpoon yang boleh meletupkan kapal perang pada jarak lebih 128.7 kilometer.

Selain itu, sebanyak 120 kereta perisai termasuk kenderaan pengangkut berperisai yang dikenali sebagai Spartan juga akan disumbangkan. Kenderaan-kenderaan itu mula digunakan pada 1978 dan sepatutnya ditamatkan perkhidmatannya.

Antara peralatan lain adalah kenderaan pengangkut berperisai Mastiff, Husky dan Wolfhound yang direka untuk melindungi tentera daripada Alat Letupan Improvisasi.

Dalam pada itu, Johnson turut menjanjikan bantuan ketenteraan dari Britain bernilai £100 juta (RM549.6 juta) termasuk senjata anti kereta kebal dan anti pesawat serta dron pembunuh.



Johnson turut berikrar untuk membekalkan Ukraine dengan senjata, teknologi dan khidmat perisikan untuk memastikan bahawa ‘Putin gagal sepenuhnya’. AFP

Britain sumbang peluru berpandu kepada Ukraine


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Resepi Ayam Masak Bawang Mengiurkan

Mas Idayu bakal berkahwin dengan penerbit eksekutif TV3



Dilabel jual juadah harga Tel Aviv, Chef Ammar tersinggung

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker