Tak lengkap dos imunisasi layak Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022

Tak lengkap dos imunisasi layak Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan kakitangan awam dan pesara yang tidak mendapat dos imunisasi lengkap Covid-19 tetap termasuk dalam golongan penerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022.

Menurutnya, susulan itu, beliau telah mengarahkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) supaya membatalkan Perkara 6 (VI) dalam pekeliling Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022 bertarikh 8 April 2022.



Bagaimanapun, ujarnya, perkara-perkara lain dalam pekeliling tersebut masih terpakai.

“Pengumuman awal oleh saya sebelum ini tidak pernah menyatakan sebarang pengecualian bayaran kepada mana-mana penjawat awam mengikut status vaksinasi.

“Ini bagi memastikan bahawa tidak ada penjawat awam atau pesara yang layak menerima bantuan ini daripada tercicir,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022 telah diumumkan Ismail Sabri pada 5 April lalu.



Pada masa sama, beliau berkata, biarpun tidak diwajibkan, kerajaan menyeru kepada seluruh Keluarga Malaysia untuk melengkapkan dos suntikan imunisasi Covid-19 demi kesejahteraan bersama. K Online

Tak lengkap dos imunisasi layak Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Resepi Ayam Masak Bawang Mengiurkan

Mas Idayu bakal berkahwin dengan penerbit eksekutif TV3



Dilabel jual juadah harga Tel Aviv, Chef Ammar tersinggung

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker