Demi Anak, Bapa Tunai Hajat Anak Hasilkan Replika Mumia Firaun

Demi Anak, Bapa Tunai Hajat Anak Hasilkan Replika Mumia Firaun

Demi anak, seorang bapa sanggup membina sarkofagus atau keranda bersaiz sebenar yang dilengkapi mumia Firaun di dalamnya dengan kos 250 pound (RM1,378).

Lapor Daily Mail, Richard Brigg, 47, yang bekerja sebagai seorang jurutera meluangkan masa membina projek kraf sekolah anaknya mengenai Tamadun Mesir Purba.

Brigg membina sarkofagus yang merupakan keranda menyimpan mayat pada era Mesir Purba bagi sesi pembelajaran kelas tahun tiga untuk anaknya, Alexander, 7.

Brigg menghasilkan sarkofagus bersaiz sebenar yang luar biasa menggunakan papan buih, polisterin dan papier-mache dalam masa sebulan.

Lelaki berusia 47 tahun itu merupakan seorang peminat sejarah dan menggunakan sarkofagus Tutankhamun bagi mendapatkan inspirasi untuk menjadikannya lebih tepat dari segi sejarah.

Selain itu, Brigg turut mendapat ilham untuk menghasilkan replika mumia Firaun bagi menjadikan projek itu ‘lebih hidup’.

“Saya pernah menghasilkan barangan untuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru, jadi guru kelas bertanya kepada saya mengenai replika itu.

“Ia adalah satu cabaran dan saya rasa boleh mencubanya. Saya berjaya menciptanya dalam masa beberapa minggu,” kata Brigg.

Brigg memaklumkan, murid-murid sekolah begitu teruja dengan replika itu semasa ibu bapa dijemput masuk ke sekolah sempena hari muzium.

“Replika ini juga mendapat perhatian daripada kanak-kanak sekolah bersebelahan yang lalu lalang ketika kami membawanya ke kereta.

“Saya sangat gembira kerana hasilnya di luar jangkaan. Saya pasti akan melakukan sesuatu seperti ini sekali lagi,” jelasnya.-Daily Mail

Demi Anak, Bapa Tunai Hajat Anak Hasilkan Replika Mumia Firaun

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara

Bayar atau tak boleh keluar dari Malaysia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker