Penyelam Hilang Di Mersing: Bapa Sahkan Nathan Meninggal Dunia – Maritim Johor

Penyelam Hilang Di Mersing: Bapa Sahkan Nathan Meninggal Dunia – Maritim Johor

MERSING: Penyelam warga Belanda, Nathan Renze Chesters, 14, yang dilaporkan hilang di perairan Pulau Tokong Sanggol, dekat sini, Rabu lepas disahkan telah meninggal dunia oleh bapanya warganegara Britain, Adrian Chesters, 46.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata Adrian memaklumkan anaknya meninggal dunia kerana terlalu lemah dan tidak dapat bertahan.



Katanya Pihak Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru telah memaklumkan kepada pihak berkuasa Indonesia bagi membantu mencari mangsa.

“Penyelam warga Norway, Kristine Grodem, 35 tahun, penyelam warga Perancis, Alexia Molina, 18 tahun, dan penyelam warga Britain, Adrian Chesters, 46 tahun, selamat ditemukan.

“Bagaimanapun, seorang remaja lelaki Nathan Renze, 14 tahun, yang masih belum ditemui telah disahkan meninggal dunia oleh bapanya, Adrian Chester, akibat terlalu lemah dan tidak dapat bertahan.

“Nathan Renze, yang dipercayai telah meninggal dunia dan hanyut ke perairan Indonesia,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.



Terdahulu pada Rabu, empat penyelam dilaporkan hilang ketika latihan menyelam di sekitar perairan Pulau Tokong Sanggol, Perairan Mersing.

Jelas Nurul Hizam, pihaknya mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua agensi dan pihak terlibat sepanjang Op Carilamat ini berlangsung.-AA

Penyelam Hilang Di Mersing: Bapa Sahkan Nathan Meninggal Dunia – Maritim Johor

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara



Bayar atau tak boleh keluar dari Malaysia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker