Lima Rumah Musnah Dijilat Api Dalam Kebakaran Di Tumpat

Lima Rumah Musnah Dijilat Api Dalam Kebakaran Di Tumpat

TUMPAT: Lima buah rumah musnah dijilat api dalam satu kejadian kebakaran di Jalan Keretapi Dalam Rhu, Tumpat, Kelantan petang tadi.

Tiga rumah yang struktur binaannya diperbuat daripada kayu hangus sepenuhnya manakala dua rumah lagi terbakar dengan anggaran antara 50 hingga 70 peratus.



Ketua Zon Kota Bharu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Penguasa Bomba, Suhaimi Mahmood, bagaimanapun berkata kesemua penghuni dalam rumah berkenaan berjaya menyelamatkan diri dalam kejadian sekitar jam 1.30 petang tadi.

Laporan awal Bilik Gerakan Operasi Bomba, memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu sekitar jam 1.43 petang.

“Empat jentera bersama 22 orang anggota tiba dilokasi kejadian sekitar jam 2.01 petang.

“Kebakaran berjaya dikawal dalam tempoh kurang 40 minit dan berjaya menyelamatkan dua buah rumah bersebelahan dari hangus sepenuhnya.” katanya lagi.

“Rumah separuh kekal dengan struktur binaan kayu dan dalam keadaan rapat antara satu dan lain,” katanya dalam satu kenyataan.-AA



Lima Rumah Musnah Dijilat Api Dalam Kebakaran Di Tumpat

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara

Bayar atau tak boleh keluar dari Malaysia



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker