Kes Rogol: Bukti DNA berjaya kenal pasti suspek setelah 12 tahun

Polis berjaya menyelesaikan satu kes rogol membabitkan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun, yang berlaku 12 tahun lalu di Balik Pulau, Pulau Pinang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Abd Jalil Hassan berkata, menerusi data asid deoksiribonukleik (DNA), polis berjaya mengenal pasti seorang lelaki dan menahan suspek di sebuah ladang kambing di Pulau Pinang semalam.

“Siasatan saintifik yang menggunakan data DNA telah berjaya mengenal pasti identiti suspek dalam kes ini.



“Sehubungan itu, satu operasi dilancarkan serta-merta untuk mengesan suspek dan suspek telah berjaya ditangkap,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Abd Jalil, suspek ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya, Pulau Pinang selama enam hari bermula hari ini hingga 13 April bagi membantu siasatan.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“PDRM tidak pernah berputus asa dalam usaha mendapatkan maklumat perkembangan kes sehinggalah berjaya mengenal pasti suspek yang terlibat untuk dibawa ke muka pengadilan,” katanya.



 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara

Bayar atau tak boleh keluar dari Malaysia



‘Tiga beradik’ Juadah Istimewa Menjadi Rebutan Di Bulan Ramadan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker