ShopeePay kerjasama dengan MoF beri bantuan kredit RM150 kepada belia

ShopeePay kerjasama dengan MoF beri bantuan kredit RM150 kepada belia

Bagi kebanyakan belia, peralihan ke alam dewasa, pekerjaan pertama mereka dan langkah kehidupan lain kekal tidak berubah selama beberapa dekad. Bagaimanapun, pandemik Covid-19 membawa bersamanya beberapa cabaran kewangan yang tersendiri.

Sedar terhadap cabaran ini, Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan bahawa kira-kira dua juta belia Malaysia akan menerima bantuan kredit e-wallet berjumlah RM150 mulai pertengahan April.

Kerajaan melancarkan program serupa pada 2021 bagi membantu golongan belia dalam perbelanjaan harian mereka dan meningkatkan penembusan perbelanjaan digital melalui penggunaan e-dompet untuk mengagihkan bantuan wang tunai itu.



Antara e-dompet yang mengambil bahagian dalam program pada tahun ini ialah ShopeePay, yang turut dinamakan sebagai peserta program tersebut. Dalam pelancaran tahun lepas, ShopeePay merekodkan hampir sejuta belia menuntut kredit eBelia mereka melalui e-dompet.

Selain itu, program ini berjaya menjana jualan sebanyak 120% daripada jumlah keseluruhan yang dikeluarkan oleh MoF melalui ShopeePay.

Kira-kira 140,000 penjual dan peniaga yang menerima ShopeePay mendapat manfaat daripada program eBelia.

Susulan kejayaan tersebut dan pelancaran MoF tahun ini, kami menemu bual beberapa peserta program eBelia untuk memahami faedah insentif yang disediakan untuk golongan itu di Malaysia.



Graduan baharu Universiti Sunway, Megat Irfan berkata,”Saya gemar membeli-belah di Shopee. Jadi apabila saya mendengar bahawa ShopeePay adalah sebahagian daripada eBelia, saya teruja untuk menuntut kredit di bawah ShopeePay.

“Kini, bukan sahaja saya boleh berbelanja dengan ShopeePay, saya juga boleh mendapat mata ganjaran, iaitu syiling daripada platform. Saya gembira kerana dapat menggunakan kredit di platform dan pada masa yang sama membayar di luar talian melalui baucar tambahan yang saya terima.”

Dengan kod QR menjadi pilihan pembayaran yang semakin popular dengan kelajuan dan kemudahan penggunaannya, ShopeePay serasi dengan kebanyakan platform QR lain termasuk DuitNow.

Ciri saling kendali yang unik ini membolehkan pengguna mengakses barangan dan perkhidmatan yang lebih banyak di mana-mana sahaja, dalam talian mahupun luar talian.



Ketua ShopeePay Malaysia, Alain Yee mengesahkan,” Kami kini menerima lebih daripada 750,000 pusat sentuh di seluruh negara yang boleh digunakan untuk membuat pembayaran di stesen minyak, kedai F&B, pasar raya besar, kedai serbaneka, farmasi, kedai buku dan sebagainya.

“ShopeePay gembira dapat bekerjasama dengan Kementerian Kewangan sekali lagi tahun ini. Memandangkan e-dompet semakin menjadi kebiasaan, kami berharap kemudahan dan keselamatan yang ditawarkan olehnya akan menarik minat pelajar untuk mengambil bahagian dan menuntut kredit melalui ShopeePay.”

Nur Aleesya Awatif Mohamad Nasaruddin.
Seorang lagi penuntut kredit ShopeePay e-Belia 2021, Nur Aleesya Awatif Mohamad Nasaruddin, 21, berkongsi,” Saya belum lagi gemar menggunakan e-dompet. Inilah kali pertama saya mengambil keputusan untuk menebus e-Belia saya dengan ShopeePay kerana saya tahu terdapat pelbagai perkara yang boleh saya beli dengan kredit e-Belia saya.

“Bagaimanapun selepas menggunakannya, saya menyedari kebaikannya. Kini dengan ShopeePay, saya juga boleh memesan makanan dengan serta-merta melalui ShopeeFood yang juga merupakan salah satu ciri kegemaran saya di Shopee.

“Kini kebanyakan kedai runcit juga menerima pembayaran daripada ShopeePay, jadi saya boleh pergi ke mana-mana kedai dan membeli-belah dengan mudah terutamanya pada bulan Ramadan sekarang,” tambahnya.

Dengan program ePemula yang dijangka dilancarkan tidak lama lagi, program itu tepat masa dengan sambutan perayaan Ramadan dan Hari Raya.

Lebih banyak berita baik dijangka menyusul dan sebilangan pengguna berharap peserta e-dompet akan terus menawarkan manfaat kepada pengguna mereka pada tahun ini juga.

Untuk maklumat lanjutan, pengguna boleh menyemak kemas kini maklumat melalui laman web Shopee bagi pengumuman seterusnya oleh kerajaan : https://shopee.com.my/m/epemula

ShopeePay kerjasama dengan MoF beri bantuan kredit RM150 kepada belia


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara

Bayar atau tak boleh keluar dari Malaysia

‘Tiga beradik’ Juadah Istimewa Menjadi Rebutan Di Bulan Ramadan

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker