‘Buoh Kekoh Macar’ Laku Keras Di Bazar Ramadan

‘Buoh Kekoh Macar’ Laku Keras Di Bazar Ramadan

KOTA BHARU: ‘Buoh Kekoh Macar’ atau sejenis kuih tradisional yang dikenali sebagai onde-onde atau buah Melaka ini memang mudah didapati sepanjang bulan Ramadan.

Kebiasaannya kuih-muih masakan tradisional akan menjadi pilihan ramai untuk dijadikan hidangan berbuka puasa begitu juga bagi pengunjung di bazar Ramadan Stadium Sultan Muhammad keempat.



Kuih onde-onde ini juga sering dijadikan kuih pilihan kerana ia sangat mudah untuk dihidangkan dan tidak berkuah serta melekit.

Menurut Masofee Yusof, 25, salah seorang pembuat kuih onde-onde, gerainya akan dibanjiri pengunjung yang beratur untuk membeli kuih ini.

Onde-onde yang dijual di gerainya itu mendapat sambutan luar biasa sejak hari pertama memulakan penjualan di bazar Ramadan bandar Kota Bharu.

“Saya mengekalkan keaslian kuih ini, apa yang pasti, pengunjung yang mencuba ‘Buah Kekoh Macar’ ini akan dapat merasa kesegarannya apabila menikmati.

“Ini kerana kita proses terus kuih ini dan gaulkan bersama kelapa muda yang diparut pada masa yang sama, sekali gus mengekalkan keaslian rasanya.



“Tambahan pula tepung beras yang membalut gula melaka juga sangat lembut dan ini menjadikannya bertambah sedap,” katanya.

Jelas Masofee, apa yang membuatkannya lebih wangi adalah kerana dia mengisar sendiri beras dengan batu pengisar dan beras yang dikisar itu akan dimasukkan dalam kain dan diperah untuk mendapatkan tepung beras.

Apa yang membuatkannya lebih wangi adalah kerana dia mengisar sendiri beras dengan batu pengisar. – Astro AWANI

“Tepung beras yang halus itu akan diuli bersama air daun pandan asli, dan ini akan menjadikan hasilnya sangat wangi, lembut dan halus,” katanya kepada Astro AWANI, semalam.



Menurut Masofee lagi, dia juga menggunakan gula Melaka atau ‘nisse’ (dalam bahasa Kelantan) dari Thailand.

“Gula Melaka ini mudah cair bila direbus dan baunya pun sangat wangi,” katanya.

Ditanya mengapa kuih ini dipanggil ‘Buoh Kekoh Macar’ Masofee memberitahu, nama itu sangat sesuai kerana bila digigit akan terpancut air gula Melaka.

“Saya sangat bersyukur kerana ramai pengunjung yang datang termasuk pelanggan tetap gerai kami sejak mula kami beroperasi di bazar ramadan ini pada tahun 2018, sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi.



“Sambutannya tetap hangat dan sangat menggalakkan sehingga saya tidak menang tangan.

“Kami mula buka gerai dari jam 3 petang dan mampu menghabiskan 20 kilogram adunan tepung beras (4000 biji) kuih pada jam 5.30 petang,” katanya.-AA

‘Buoh Kekoh Macar’ Laku Keras Di Bazar Ramadan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara

Bayar atau tak boleh keluar dari Malaysia

‘Tiga beradik’ Juadah Istimewa Menjadi Rebutan Di Bulan Ramadan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker