PAS beri jaminan sokong pindaan perlembagaan, Bersatu?

PETALING JAYA: Pas memberi jaminan memberi sepenuh sokongan terhadap pindaan Perlembagaan dalam Sidang Khas Parlimen, Isnin ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 itu bertujuan meminda  Perlembagaan Persekutuan khususnya Perkara 10(3) yang berkaitan dengan Perkara 10(1)(c), iaitu berhubung dengan kebebasan berpersatuan.

“Perkara 10(1)(c) merangkumi 10. (1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4), manakala (c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.



“Perkara 10(3) pula adalah (3) sekatan-sekatan ke atas hak untuk membentuk persatuan yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1) boleh juga dikenakan oleh mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan perburuhan atau pendidikan.

“Berdasarkan kes Dewan Undangan Negeri Kelantan -lawan- Nordin Salleh & Anor, yang diputuskan oleh Mahkamah Agong Malaysia pada 3 April 1992, sesuatu peruntukan undang-undang atau Perlembagaan Negeri berkaitan Sekatan Lompat Parti akan dianggap bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan selagi Perkara 10 tidak dipinda bagi membolehkan suatu Akta Lompat Parti digubal dan diluluskan oleh Parlimen.

“Maka atas dasar inilah, jemaah menteri yang bersidang pada 6 April memutuskan Sidang Khas Parlimen pada 11 April perlu bersidang untuk meminda Perkara 10 bagi membolehkan suatu Akta berkaitan Lompat Parti dibentang dan diluluskan oleh Parlimen dalam suatu sidang yang lain,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Menurut Takiyuddin, jemaah menteri juga secara sebulat suara bersetuju bahawa perkara-perkara berkaitan dengan Lompat Parti dan implikasinya dari segi undang-undang perlu dimasukkan secara lengkap dan terperinci di dalam suatu Akta Parlimen yang khusus.



“Akta Parlimen tersebut perlu merangkumi definisi-definisi yang tepat, misalan-misalan yang terang dan penjelasan yang konkrit bagi mengelakkan kekeliruan, penyalahgunaan kuasa dan kemungkinan berat sebelah yang turut menyebabkan pihak-pihak yang terkesan mencabarnya di mahkamah,” ujarnya. – UTUSAN

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara

Bayar atau tak boleh keluar dari Malaysia



‘Tiga beradik’ Juadah Istimewa Menjadi Rebutan Di Bulan Ramadan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker