Polis buru wanita larikan gelang emas

RAKAMAN video daripada kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang wanita yang disyaki melarikan seutas gelang tangan emas dari sebuah kedai emas di pekan Kuala Pilah, Negeri Sembilan, petang semalam.

KUALA PILAH : Polis memburu seorang wanita yang dipercayai melarikan seutas gelang tangan emas seberat 36.76 gram dari sebuah kedai emas di pekan Kuala Pilah, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd. Ghani berkata, pihaknya menerima laporan yang dibuat oleh seorang wanita yang merupakan jurujual barang kemas kedai tersebut sekitar pukul 8.18 malam semalam.

Jelasnya, jurujual tersebut memaklumkan kira-kira pukul 3.45 petang, seorang wanita berbadan gempal, berwarna kulit sawo matang dan berusia dalam lingkungan umur 30-an melarikan seutas gelang tangan emas.

“Suspek telah dibantu oleh seorang lelaki disyaki  menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha NVX berwarna merah, tanpa nombor pendaftaran.

“Mangsa telah menganggarkan jumlah kerugian lebih kurang RM10,000.  Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Ujar Amran, siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung dengan kes berkenaan.

Sehubungan itu, polis memohon mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan.

“Sekiranya terdapat sebarang maklumat, orang ramai boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah, di talian 06-484 2999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran,” katanya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara



Bayar atau tak boleh keluar dari Malaysia

‘Tiga beradik’ Juadah Istimewa Menjadi Rebutan Di Bulan Ramadan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker